Previous Page  117 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 117 / 140 Next Page
Page Background

116

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN

31 DISEMBER 2016

1. MAKLUMAT UMUM

a)

Penubuhan

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera

Malaysia (ATMA) pada 01 Jun 1995 sebagai organisasi yang menjalankan program pengajian

di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada pegawai kadet Angkatan Tentera

Malaysia (ATM). Pada 10 November 2006 ATMA telah diwartakan sebagai UPNM melalui warta

kerajaan P.U.(A) 400 bertarikh 09 November 2006.

b)

Aktiviti Utama

UPNM adalah sebuah Universiti yang mengkhusus dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan

Teknologi Pertahanan yang dapat diaplikasi kepada aset pertahanan Negara seperti kapal

tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Aktiviti utama entiti yang dikawal adalah dinyatakan pada Nota 7 kepada Penyata Kewangan.

c)

Penyata kewangan ini telah disediakan dalam mata wang Ringgit Malaysia (“RM”).

d)

Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 telah di bentang dan

diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah Universiti pada 16 Februari 2017.

2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING

a)

Asas Penyediaan Penyata Kewangan

Penyata Kewangan Kumpulan terdiri daripada penyata kewangan UPNM dan entiti-entiti

yang dikawalnya telah disediakan berdasarkan kepada konvensyen kos sejarah selain yang

dinyatakan secara berasingan dan mematuhi Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia

(“MPSAS”). Penyata kewangan entiti yang dikawal pula telah disediakan menurut Piawaian

Pelaporan Kewangan Malaysia (“MFRS”).

Penyata kewangan Kumpulan dan UPNM ini adalah merupakan penyata kewangan pertama

yang disediakan menggunaka n MPSAS. Sebelum ini penyata kewangan Kumpulan dan UPNM

telah disediakan menggunakan Piawaian Pelaporan Entiti Persendirian (“PERS”). Kumpulan dan

UPNM telah mengguna pakai MPSAS ini lebih awal daripada tarikh kuatkuasanya seperti yang

dinyatakan pada Nota 2(w) kepada Penyata Kewangan.

b)

Pengiktirafan Hasil

Hasil daripada Urus Niaga Bukan Pertukaran

Urus niaga bukan pertukaran akan diiktiraf sebagai aset apabila terdapat manfaat ekonomi masa

depan atau potensi perkhidmatan dijangka mengalir ke dalam entiti, ianya berpunca daripada

peristiwa lampau serta nilai saksama aset dapat diukur dengan munasabah. Urus niaga bukan

pertukaran yang diiktiraf sebagai aset hendaklah diiktiraf sebagai hasil, kecuali setakat liabiliti

yang juga diiktiraf berkenaan dengan aliran masuk yang sama sebagai tertunda di dalam

penyata kedudukan kewangan. Apabila obligasi terhadap sesuatu liabiliti itu telah dipenuhi,

entiti hendaklah mengurangkan amaun bawaan liabiliti yang diiktiraf itu dan mengiktiraf amaun

hasil yang sama dengan pengurangan itu.

i)

Geran kerajaan yang tidak dikenakan syarat-syarat prestasi masa depan yang tertentu

seperti geran mengurus diambil kira sebagai hasil di dalam penyata prestasi kewangan.

Geran kerajaan yang dikenakan syarat-syarat prestasi masa depan tertentu seperti geran

pembangunan dan penyelidikan diiktiraf sebagai geran tertunda dan dilunaskan mengikut

kos projek yang telah siap, aset yang dibeli dan belanja pakai habis.

prestasi kewangan