Background Image
Previous Page  180 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 180 / 298 Next Page
Page Background

143

Laporan Audit Dalam dibincangkan bersama PTj bagi tujuan

penambahbaikan dan pemantauan pada masa akan datang.

Melalui penggunaan Sistem Kewangan Berkomputer (SAGA)

proses agihan bajet dan pemantauan di peringkat Pusat dan PTj

dapat dilaksanakan dengan mudah.

UPNM juga mempunyai sistem rekod pengeluaran Pesanan

Tempatan bagi membolehkan PTj membuat penilaian prestasi

pembekal UPNM mempunyai Objektif Kualiti yang menyatakan

dengan jelas tentang perkhidmatan pengurusan kewangan.

Berikut merupakan objektif tersebut :

a. Membuat pembayaran kepada pelanggan (dalaman

dan luaran) dalam tempoh 14 hari tertakluk kepada

dokumen yang diterima lengkap dan betul.

b. LO dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja

tertakluk kepada dokumen yang diterima adalah

lengkap dan betul.

2.1.2

Nilai Untuk Wang

UPNM sentiasa mengamalkan proses perolehan sebut harga dan

tender secara terbuka bagi mendapat nilai terbaik dan menepati

spesifikasi yang telah ditetapkan.

Dokumen Rujukan:

i. KEW 1A

ii. KEW 1C

iii. KEW 9I

iv. KEW 9K

v. KEW 10D

vi. KEW 10E

vii. KEW 22A

viii.KEW 22B

a) Sebutharga

Proses Perolehan Secara Terus dan Bertulis memerlukan

penilaian yang teliti dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian bagi

mendapatkan tawaran harga yang terbaik, di samping memenuhi

spesifikasi berdasarkan Laporan Penilaian Tender.