Background Image
Previous Page  175 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 175 / 298 Next Page
Page Background

138

2.0 AUTONOMI KEWANGAN

Pengurusan kewangan adalah aktiviti yang kritikal di UPNM dan diberi

penekanan yang utama kerana ia melibatkan pengurusan wang awam yang

memerlukan pelaporan yang

accountable

dan telus. Adalah penting fungsi

pengurusan kewangan dilaksanakan dengan teratur supaya dapat memastikan

peruntukan dibelanjakan dengan cekap dan berkesan.

Strategi kewangan adalah penting untuk merapatkan jurang antara keperluan

kewangan bagi memenuhi keperluan strategik korporat dan sumber kewangan

yang ada. Strategi kewangan juga harus memberi fokus kepada pengurusan

risiko.

ISU-ISU STRATEGIK

Keperluan Pembiayaan Masa Hadapan -

Future Funding Requirement

Sebagai sebuah universiti awam yang termuda, UPNM mempunyai potensi dan

peluang yang luas untuk terus membangun dan maju dalam bidang utama iaitu

pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi yang berteraskan kepada

pertahanan dan keselamatan. Pada masa kini masih terdapat keperluan

pengajaran dan pembelajaran yang perlu dilengkapkan pada tahap terbaik

termasuk keperluan kelengkapan makmal, bilik pensyarah, kelas dan

kelengkapan ICT. Oleh yang demikian, satu (1) pelan jangka panjang telah

dibangunkan untuk memastikan pembiayaan operasi dan pembangunan

universiti mencukupi bagi menampung keperluan masa hadapan.

Kemampanan Kewangan -

Financial Sustainability

Beberapa tahun kebelakangan ini, tumpuan telah mula difokuskan kepada

meningkatkan kebolehan daya saing jangka panjang universiti melalui usaha

untuk mengukuhkan kemampanan kewangan. Dalam hal ini dua strategi harus

diberi perhatian, pertama mengkaji kaedah mewujudkan pelan tindakan

kemampanan kewangan dan kedua melaksanakan mekanisme yang akan

meningkatkan keberkesanan sumber kewangan dan dalam masa yang sama