Background Image
Previous Page  177 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 177 / 298 Next Page
Page Background

140

Penambahbaikan Infrastruktur Kewangan -

Improving Finance

Infrastructure

Infrastruktur kewangan ialah nadi kepada pengurusan kewangan universiti.

Produktiviti sistem kewangan universiti adalah salah satu faktor utama yang

menyokong kepada kemampanan kewangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti

universiti. Fungsi kewangan menyokong seperti pengagihan sumber

kewangan yang cekap, perancangan penjanaan pendapatan dan pengurusan

risiko. Infrastruktur kewangan mempengaruhi prestasi kewangan sama ada

secara langsung atau tidak langsung. Infrastruktur kewangan dijana oleh

sumber manusia, sistem dan kemudahan infrastruktur fizikal. Lapan (8) fungsi

utama perkhidmatan kewangan termasuk bajet, penjanaan dan kutipan hasil,

perolehan, pembayaran, pengurusan aset, perakaunan, pengurusan risiko dan

tadbir urus kewangan.

2.1

POLISI, PERATURAN, PROSEDUR BAGI PENGURUSAN DAN

KELESTARIAN KEWANGAN

2.1.1

Pengurusan Perolehan Dan Pembayaran UPNM

Jabatan Bendahari mempunyai sistem perolehan dan

pembayaran menyeluruh yang diguna pakai berdasarkan Garis

Panduan Pengurusan Kewangan UPNM.

Dokumen Rujukan:

i. KEW 1A

ii. KEW 3A

iii. KEW 3C

iv. KEW 3D

v. KEW 3E

vi. KEW 4

vii. KEW 6A

http://www.treas ury.gov.my/inde

x.php?option=c

om_circulars&vi

ew=circulars&It

emid=2508&lan

g=en

Bagi memastikan semua perolehan dan pembayaran mematuhi

peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan, Garis Panduan

Pengurusan Kewangan UPNM diwujudkan sebagai garis panduan

dalam menguruskan aktiviti kewangan di peringkat Pusat

Tanggungjawab (PTj). Garis panduan ini menerangkan dengan

jelas proses merancang, mengawal dan menguruskan kewangan

UPNM serta menyatakan prosedur arahan perakaunan dan

kewangan yang berkaitan dengannya. Ia turut menerangkan

dengan jelas Jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan kewangan

yang dilantik dan had-had kuasa yang telah ditetapkan.