Background Image
Previous Page  176 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 176 / 298 Next Page
Page Background

139

memastikan pulangan ekonomik ke atas pembiayaan program dan aktiviti

terutama dalam bidang akademik dan penyelidikan. Penekanan terhadap

penjimatan dan pengurangan kos juga mampu menyumbang kepada

kemampanan kewangan.

Mempelbagaikan Punca Pendapatan -

Diversification of Income

Mengambil kira keadaan ekonomi semasa, universiti sedang berada dalam

tempoh di mana kekangan perbelanjaan adalah amat mendesak. Oleh yang

demikian fungsi-fungsi kewangan perlu berperanan ke arah meningkatkan

kecekapan yang mampu menyumbang pulangan perbelanjaan dan pelaburan.

Perkara yang amat penting dalam usaha ke arah kemampanan kewangan ialah

mempelbagaikan sumber pembiayaan melalui penjanaan pendapatan dalaman

universiti. Keseimbangan struktur pendapatan dapat dilaksanakan melalui

penjanaan pendapatan sama ada daripada punca-punca sedia ada atau punca-

punca pendapatan baharu. Kepelbagaian punca pendapatan ini diharap dapat

mengurangkan kebergantungan universiti kepada geran kerajaan. Sumber-

sumber pendapatan baru ini dapat menyediakan kecukupan dana bagi

membiayai operasi dan pelaburan ke atas aktiviti-aktiviti akademik dan

penyelidikan.

Peruntukan dan Pengagihan Pembiayaan -

Allocation and Distribution of

Funding

Pembiayaan diperuntukkan dan diagihkan melalui penerimaan geran kerajaan

dan kutipan sumber dalaman universiti. Peruntukan kewangan ialah proses

menyediakan sumber kewangan terhadap cadangan program dan aktiviti

manakala pengagihan kewangan pula ialah proses mengenal pasti keutamaan

perbelanjaan di pusat kos dan tanggungjawab universiti. Kedua-dua proses ini

perlu dilaksanakan berdasarkan kepada dasar dan keutamaan universiti. Oleh

yang demikian melanisme pendekatan yang sewajarnya perlu diwujudkan bagi

memastikan kelangsungan perancangan universiti. Belanjawan Berasaskan

Keutamaan (

Priority Based Budgeting

) merupakan kaedah yang sesuai

digunakan bagi memastikan sumber-sumber pembiayaan diperuntukkan dan

diagihkan dengan cekap dan berkesan.