

142
lengkap dan betul.
Pesanan Tempatan (LO) dapat dikeluarkan dalam tempoh tujuh
(7) hari bekerja tertakluk kepada dokumen yang diterima adalah
lengkap dan betul.
Selain daripada itu, Prosedur Kerja telah didokumenkan sebagai
dokumen ISO untuk memastikan penguatkuasaan dan
pemantauan adalah selaras dengan peraturan dan prosedur yang
berkuat kuasa. UPNM juga berjaya mengekalkan Pensijilan MS
ISO 9001:2008 bermula 15 Oktober 2013 sehingga 14 Oktober
2016.
Sebagai sebuah Badan Berkanun, UPNM tertakluk kepada
semua Pekeliling Perbendaharaan. UPNM akan menerima pakai
atau menyesuaikan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat
kuasa dengan membuat penambahbaikan bagi memastikan ia
sesuai diguna pakai di UPNM. Pemakaian pekeliling kerajaan
perlu mendapat kelulusan Jawatan kuasa Eksekutif Naib
Canselor (EXCO), Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK) dan
Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
Amalan Terbaik:
Jawatankuasa Audit telah diwujudkan untuk memantau dan
memastikan semua peraturan dan prosedur berkaitan
pengurusan dan aktiviti kewangan dipatuhi.
BAD mengadakan pengauditan di PTj berdasarkan kepada
program audit yang telah dirancang dan diluluskan.
Laporan Audit hasil daripada pengauditan dibentangkan di dalam
Jawatankuasa Audit. Semua penemuan dan teguran daripada