

147
Menutup semua komputer, pencetak, monitor dan
sebarang peralatan pejabat bila tidak digunakan
terutama waktu malam dan cuti hujung minggu.
Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan UPNM diadakan
secara berkala bagi tujuan pemantauan projek. Laporan status
projek akan dibentangkan bagi menilai pencapaian sesuatu
projek yang dijalankan. Selain daripada itu, Laporan status projek
juga perlu dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatan Tindakan
Pembangunan Kementerian (JTPK).
Dalam mencapai nilai terbaik untuk setiap projek pembangunan
UPNM, kajian pasaran bagi penyediaan spesifikasi yang tepat
akan membolehkan perolehan dibuat dengan lebih berkesan
dengan harga yang terendah dapat dicapai, di samping
memenuhi spesifikasi.
2.1.3
Pelaporan Kewangan
Pendedahan yang mencukupi telah dibuat untuk memastikan
ketelusan, akauntabiliti dan integriti universiti sentiasa dapat
ditingkatkan melalui penyediaan penyata kewangan adalah
berdasarkan kepada konvensyen kos sejarah dan mengikut
piawai perakaunan
Private Entity Reporting Standards
(PERS)
yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia
(MASB).
Dokumen Rujukan:
i. KEW 1A
ii. KEW 3L
www.masb.org.my
iii. KEW 6A
iv. KEW 16A
Polisi perakaunan penting yang diguna pakai dalam penyediaan
laporan kewangan ada dinyatakan di dalam Nota Kepada Akaun
dalam penyata kewangan.