

146
Markah 10% hingga 29.9% tidak memuaskan dan
surat makluman kepada PTj dikeluarkan untuk
makluman agar tidak memberi pembekal tersebut
keutamaan
Pemantauan terhadap penggunaan utiliti sentiasa dibuat
berdasarkan kos utiliti yang dapat dijimatkan. Pemantauan
terhadap penyelenggaraan berkala juga diteruskan bagi
memastikan dasar penjimatan ini adalah berkesan. Selain
daripada itu, penjimatan untuk kos-kos operasi lain juga sentiasa
dipantau untuk memastikan UPNM mendapat faedah yang
berterusan hasil dari Dasar Penjimatan. Untuk makluman, UPNM
beroperasi dengan kekangan bajet yang amat ketat dan sentiasa
mengamalkan dasar penjimatan dan dasar pembaziran sifar.
Antara amalan Dasar Penjimatan yang dilaksanakan adalah
seperti berikut:
Menutup suis penyaman udara jika tidak
menggunakan ruang berkenaan, mengurangkan
penggunaan sistem penyaman
udara dan
membiasakan dengan suhu bilik melebihi dari 24°C.
Menutup suis lampu apabila tidak menggunakan
ruang berkenaan, membuka lampu yang perlu
sahaja dan membiasakan dengan penggunaan
lampu jenis rendah tenaga dan mencapai kecerahan
standard.
Penggunaan telefon pejabat hendaklah dihadkan
kepada panggilan atau urusan rasmi sahaja
Memilih peralatan yang cekap tenaga (Energy Star)
bagi pemasangan peralatan baru.