Table of Contents Table of Contents
Previous Page  13 / 66 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 13 / 66 Next Page
Page Background

KERANGKA PELAN STRATEGIK

PENDAHULUAN

2.01 Pelan ini digubal bagi melahirkan modal insan untuk menyokong teras Misi Nasional dalam meningkatkan keupayaan

pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Dalam menggubal Pelan ini, dokumen yang

berkaitan secara langsung dengan sistem pengajian tinggi telah dirujuk seperti yang berikut:

i.

Laporan Jawatankuasa Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan

Tinggi Malaysia, 2006;

ii.

Dokumen Transformasi Pengajian Tinggi, 2007; dan

iii. Laporan Draf

Malaysia and the Knowledge Economy : Building a World-Class System of Higher Education

Unit Perancang Ekonomi dan

World Bank,

2007

.

2.02 Jawatankuasa Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

yang ditubuhkan pada 17 Januari 2005 telah menjalankan kajian status pengajian tinggi negara dalam konteks

perkembangan pengajian tinggi serantau dan antarabangsa. Kajian ini meliputi fungsi teras IPT seperti pengajaran

dan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan, sumbangan kepada komuniti dan pemerkasaan IPT. Laporan

ini telah memperakukan sebanyak 138 perakuan yang sebahagian besar telah dan sedang dilaksanakan. Manakala

perakuan yang lain akan dipertimbangkan pelaksanaannya mengikut kesesuaian.

2.03 Dokumen Transformasi Pengajian Tinggi telah disiapkan pada bulan Mac 2007 untuk memantapkan Laporan Hala

Tuju PendidikanTinggi Malaysia dengan memperluaskan kajian dari segi penyatuan dan hubung kait sistem pengajian

tinggi dengan pendidikan peringkat persekolahan rendah dan menengah, memperkasakan aspek kualiti dan daya

saing IPT termasuk pendidikan teknik dan vokasional dan pendidikan yang dikendalikan oleh sektor swasta (institusi

pendidikan tinggi swasta, IPTS). Dokumen tersebut juga memperakukan inisiatif strategik pembangunan modal insan

berminda kelas pertama sejajar dengan keperluan RMKe-9 bagi memacu negara ke arah kecemerlangan dalam era

ekonomi berasaskan pengetahuan.

2.04 Laporan

Malaysia and the Knowledge Economy : Building a World-Class System of Higher Education, 2007

telah

menyentuh status semasa pengajian tinggi negara, isu dan cabaran yang perlu ditangani serta ciri-ciri yang perlu ada

untuk menjadikan IPT bertaraf dunia. Laporan tersebut telah mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan

termasuk arah tuju pengajian tinggi, model pembiayaan, peningkatan kualiti, penghasilan graduan yang relevan dengan

kehendak pasaran dan memperkukuh sistem inovasi kebangsaan.

2.05 Di samping itu, dokumen rasmi kerajaan yang menyentuh perkara berkaitan dengan pembangunan modal insan,

pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan pendidikan serta Misi danVisi Nasional dalam

PELAN STRATEGIK

PENGAJIAN TINGGI NEGARA

mencapai status negara maju juga telah dirujuk. Dokumen-dokumen tersebut adalah

seperti yang berikut:

1. Wawasan 2020;

2. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001-2010;

3. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010;

4. Pelan Induk K-Ekonomi, 2002;

5. Dasar Sains dan Teknologi Negara Kedua, 2004;

6. Dasar Bioteknologi Kebangsaan 2005;

7. Pelan Induk Perindustrian Ketiga, 2006-2010; dan

8. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010.

2.06 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga telah menyediakan landasan

untuk memperkukuh pembangunan sumber manusia dengan

meningkatkan akses pendidikan dan latihan. Sektor swasta digalakkan

untuk berganding bahu dengan sektor awam dalam membangunkan

pendidikan tertiari ke arah pewujudan hab kecemerlangan pengajian

tinggi antarabangsa. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) juga

dikenal pasti sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan

pembelajaran berterusan kepada tenaga kerja supaya setanding

dengan negara lain dalam perkembangan teknologi yang dinamik.

2.07 Misi Nasional dalam RMKe-9 telah menekankan sistem pendidikan

dari peringkat prasekolah hingga tertiari dan mencadangkan

penambahbaikan secara komprehensif bagi melahirkan modal insan

yang mempunyai minda kelas pertama. Misi ini juga meletakkan

sasaran bagi melahirkan universiti bertaraf dunia dan graduan yang

berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pasaran.

2.08 Pelan Induk K-ekonomi menekankan kepentingan sumber manusia yang berkualiti

sebagai salah satu faktor kritikal bagi melonjakkan negara ke status negara maju. Langkah

yang diperakukan dalam Pelan ini termasuk menilai dan menaik taraf universiti dan kolej

universiti, memperkukuh pengurusan Jabatan Pengajian Tinggi dan juga Lembaga

Akreditasi Negara serta menggalakkan penggabungan IPTS menjadi satu konsortium

pengkhususan dalam pelbagai bidang.

21

20