Table of Contents Table of Contents
Previous Page  15 / 66 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 15 / 66 Next Page
Page Background

PELAN STRATEGIK

PENGAJIAN TINGGI NEGARA

2.20 Peningkatan akses dan ekuiti dicapai melalui beberapa pendekatan termasuk menambah

bilangan institusi, mempertingkatkan prasarana, memantapkan pembiayaan pelajar,

mempelbagaikan mod pembelajaran dan meningkatkan penglibatan sektor swasta.

Perkembangan pengajian tinggi yang pesat menuntut transformasi pengajian tinggi secara

menyeluruh. Selaras dengan perkembangan semasa dan untuk berdaya saing, sektor

pengajian tinggi negara perlu berubah dan mengatur langkah ke arah mencapai

kecemerlangan. Oleh yang demikian, cabaran seperti pengantarabangsaan, kualiti, tadbir

urus dan sebagainya perlu ditangani.

2.21 Proses globalisasi telah menyebabkan berlakunya pengantarabangsaan pengajian tinggi

apabila negara bersaing untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan kurikulum

berkualiti bagi menarik pelajar antarabangsa. Bagi meningkatkan daya

saing, IPT perlu menyediakan program akademik yang berkualiti dan

ahli akademik yang progresif serta berwajah antarabangsa.

Menyedari kualiti pengajian tinggi sebagai penentu utama kepada

imej IPT dan negara, maka kurikulum dalam program atau kursus

yang ditawarkan mesti relevan dan mendapat pengiktirafan

antarabangsa.

2.22 Kecemerlangan perlu dibudayakan dengan memastikan kualiti

pengajian tinggi sentiasa relevan bagi melahirkan generasi yang

berilmu, berakhlak mulia dan berketerampilan. IPT hendaklah

menempatkan dirinya dalam kelas terbaik di dunia dan mempunyai

komitmen tinggi terhadap pelbagai pelanggan dan pihak

berkepentingan. Harapan dan kehendak mereka telah berubah

kepada menerima perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan.

Kecemerlangan IPT bergantung pada sistem penyampaian dalam meningkatkan kualiti

pengajian tinggi. Di samping itu, IPTA hendaklah berhemah dalam mengurus dana awam

berdasarkan prinsip ketelusan, integriti dan akauntabiliti.

ANALISIS TRANSFORMASI PENGAJIAN TINGGI

2.15 Pengajian tinggi telah berkembang dengan pesat di dunia yang mendorong kerajaan untuk merangka dasar dan

strategi yang mantap bagi menghadapi cabaran tersebut supaya IPT dapat berdaya saing. Kemakmuran negara amat

bergantung kepada pembangunan sumber manusia yang strategik menerusi pengajian tinggi. Sistem pengajian tinggi

ialah landasan untuk membina modal insan kelas pertama dengan meningkatkan pengetahuan dan kompetensi serta

mengukuhkan keupayaan dan motivasi .

2.16 Kini pembaharuan dan transformasi pengajian tinggi menjurus kepada peluasan akses dan pengukuhan kualiti

pengajian tinggi sebagai faktor utama dalam pembangunan negara, memenuhi keperluan masyarakat sebagai hak

individu dan hak awam dalam penyertaan pengajian tinggi. Usaha pembaharuan dan transformasi sistem pengajian

tinggi digalakkan dengan matlamat meningkatkan kualiti, memastikan kurikulum yang relevan dan kecekapan sistem

penyampaian bagi melahirkan graduan yang berkualiti dan berupaya memberikan sumbangan kepada komuniti.

2.17 Di samping itu, cabaran yang dihadapi untuk meningkatkan kualiti IPTA ialah untuk memperoleh peruntukan yang

mencukupi bagi membiayai kos operasi dan pembangunan. Sementara itu, satu persekitaran yang kondusif untuk

IPTS beroperasi perlu disediakan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Kerjasama dan perkongsian

bestari antarabangsa adalah juga diperlukan bagi meningkatkan kualiti dan menaikkan imej pengajian tinggi negara.

2.18 Dokumen yang dirujuk secara langsung telah memberikan perakuan hala tuju pengajian tinggi, namun

penambahbaikan perlu dibuat untuk mencapai hasrat dan aspirasi negara. Beberapa peringkat pelaksanaan

dicadangkan mengikut fasa berikut:

• Fasa I :

2007-2010 (Peletakan Asas);

• Fasa II :

2011-2015 (Peningkatan dan Pemerkasaan);

• Fasa III :

2016-2020 (Kecemerlangan); dan

• Fasa IV :

Melangkaui 2020 (Kegemilangan dan Kelestarian)

2.19 Perubahan senario global menuntut perubahan yang seiring dalam sistem pengajian tinggi negara. Antara faktor yang

menuntut perubahan termasuklah pendemokrasian atau masifikasi

(massification)

, kepelbagaian institusi, penyediaan

perkhidmatan, perubahan dalam kaedah pembiayaan dan pelaburan dalam pengajian tinggi. Walaupun negara

meletakkan pendidikan sebagai

public goods

, namun perkembangan dunia sekarang menjadikan pendidikan sebagai

komoditi berdasarkan mobiliti pelajar dan ahli akademik serta kepelbagaian program.

25

24