

PELAN STRATEGIK
PENGAJIAN TINGGI NEGARA
2.35
Teras Kelima : Mempergiat Pengantarabangsaan
Untuk meningkatkan daya saing dan memantapkan kedudukan negara sebagai pemimpin global
dalam pembangunan sejagat, Malaysia perlu sentiasa menandingi tahap kecemerlangan tertinggi
di dunia melalui kegiatan pengantarabangsaan.Teras ini mempunyai matlamat menjadikan Malaysia
sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi melalui program pengantarabangsaan seperti
pertukaran tenaga akademik, pelajar dan kursus pengajian, kolaborasi penyelidikan dan jalinan
kerjasama dengan universiti terkemuka di dunia. Dengan program berkenaan, Malaysia mampu
menarik jauh lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di negara ini yang akan
dapat memanfaatkan pelajar tempatan dari segi interaksi, pendedahan dan pengalaman supaya
minda pelajar tempatan lebih terbuka, kompetitif dan global. Di samping itu, pelajar-pelajar
antarabangsa ini akan menjadi duta global bagi mempertingkatkan imej Malaysia di persada dunia.
2.36
Teras Keenam : Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Untuk berdaya saing di peringkat global, Malaysia perlu mempunyai modal
insan yang berupaya memperbaharui ilmu dan kemahiran untuk menangani
tuntutan dan cabaran baru. Teras ini bertujuan membudayakan
pembelajaran sepanjang hayat (PSH) untuk menyokong pembangunan
modal insan selaras dengan keperluan ekonomi berasaskan inovasi dan
pembangunan masyarakat berbudaya ilmu.Strategi termasuk meningkatkan
promosi, mekanisme dan prasarana terutamanya melalui kemudahan
penggunaan ICT bagi memajukan individu dalam pelbagai ilmu dan
kemahiran mengikut minat dan kehendak masing-masing. Untuk tujuan itu,
insentif dan sokongan pembiayaan perlu disediakan bagi membolehkan
individu menambahkan ilmu,mempertajam kemahiran untuk meningkatkan
produktiviti dan daya saing.
2.37
Teras Ketujuh : Mengukuhkan Sistem Penyampaian Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT)
Untuk mencapai hasil transformasi, sistem penyampaian KPT perlu diperkukuh. KPT perlu
mewujudkan jalinan dan kerjasama strategik dengan kementerian lain dan juga mengadakan usaha
sama dengan pihak berkepentingan di sektor swasta di dalam dan di luar negara. Dalam hal ini,
struktur tadbir urus, budaya, prasarana dan sumber menjadi faktor utama dalam memberikan
perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan pihak berkepentingan
(stakeholders)
.
Matlamat utama teras ini adalah untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada IPT dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka ke arah mencapai misi dan visi KPT. Ini bermakna
fungsi KPT akan beralih daripada kawal selia undang-undang kepada pemudah cara.
2.31
Teras Pertama : Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti
Untuk mengembangkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi, negara memerlukan jumlah tenaga kerja mahir dan
berpengetahuan yang signifikan.Teras ini menggariskan langkah-langkah peluasan akses ke pengajian tinggi berdasarkan prinsip
meritokrasi. Di samping itu, penyertaan dalam pengajian tinggi ditingkatkan melalui kepelbagaian bakat dan keupayaan,
memperluas akses melalui kepelbagaian program, kriteria kemasukan terbuka, penambahbaikan prasarana, peluasan
penggunaan ICT dan kerjasama dengan agensi lain serta memastikan setiap individu yang telah ditawarkan tempat belajar di
IPT tidak dinafikan peluang belajar kerana tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan. Ini bermakna tidak wujud jurang
kelas sosial, gender, umur, etnik, wilayah dan keupayaan fizikal.
2.32
Teras Kedua : Menambah baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran
Untuk menghasilkan modal insan yang mampu berdaya saing dan berjaya dalam arena kompetitif di pasaran tempatan dan
global, kriteria kemasukan pelajar perlu menekankan kualiti dan kelayakan yang diperlukan. Melalui langkah pengukuhan
pengalaman pembelajaran individu, penambahbaikan kurikulum, peningkatan kualiti tenaga pengajar dan penyediaan
infrastruktur yang fungsional dan mencukupi, graduan yang cemerlang dapat dihasilkan. Dengan ini, graduan bukan sahaja
mudah mendapat pekerjaan tetapi mampu berdikari dari segi kerjaya sebagai usahawan dan lain-lain.Teras ini memastikan
semua pelajar pengajian tinggi menjadi modal insan yang dapat memanfaatkan pengalaman pembelajaran berkualiti tinggi
sejajar dengan tuntutan individu, masyarakat dan negara.
2.33
Teras Ketiga : Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi
Untuk terus cepat bergerak ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi, jalinan kerjasama di kalangan IPT, institusi
penyelidikan, syarikat swasta dan organisasi yang berkaitan perlu diperkukuh.Teras ini bertujuan untuk membangunkan dan
memantapkan keupayaan aktiviti penyelidikan di IPT bagi menyumbang kepada Sistem Inovasi Kebangsaan. Strategi ini
termasuk membangunkan massa kritikal penyelidik dan korpus ilmu yang mampu membawa Malaysia ke satu tahap pencipta
teknologi di peringkat global. Dalam hal ini, jalinan kerjasama perlu dipererat dalam rantaian Sistem Inovasi Kebangsaan. Ini
bukan sahaja memerlukan sumber kewangan yang mencukupi tetapi juga penilaian dan keputusan yang segera bagi
membolehkan penggunaan dana secara optimum bagi menjalankan penyelidikan, pembangunan dan inovasi yang berkualiti.
2.34
Teras Keempat : Memperkasakan Institusi PengajianTinggi
Untuk meningkatkan keupayaan IPT, fungsi dan tanggungjawab yang lebih cekap, telus dan berkesan perlu diterapkan ke arah
mewujudkan sistem pengajian tinggi bertaraf dunia.Teras ini bermatlamat untuk meningkatkan kualiti IPT supaya setanding
dengan universiti terbaik dunia di dalam program pembelajaran,pengajaran dan
penyelidikan.Dibawah teras ini,langkah untuk
memperkasakan kepimpinan IPT, peningkatan tahap profesionalisme fakulti, peningkatan kualiti tenaga pengajar melalui latihan
pascaijazah dan pasca doktoral secara berterusan, penambahan tenaga penyelidik akan dipergiat. IPTA disarankan supaya
menjanakan pendapatan sendiri ke arah mencapai autonomi.Pembangunan sumber manusia dan penyediaan prasarana perlu
dipertingkatkan bagi memperkasakan IPT. Di samping itu, suasana persekitaran yang kondusif untuk IPTS beroperasi akan
diwujudkan.
33
32