Table of Contents Table of Contents
Previous Page  21 / 66 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 66 Next Page
Page Background

3.03 Pihak swasta juga telah memainkan peranan besar dalam menyediakan peluang

kepada rakyat untuk menyertai pendidikan tertiari (pasca menengah). Ini telah dapat

mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dan pengaliran wang ke luar negara. Peranan

mereka telah bermula sejak tahun 1950-an dengan penubuhan beberapa institusi seperti

Goon Institute, Stamford College

dan Maktab Kadir Adabi. Pertumbuhan yang pesat ini

berterusan dan sehingga bulan Jun 2007 terdapat sebanyak 521 buah Institusi Pengajian

Tinggi Swasta (IPTS) yang 17 buah bertaraf universiti, 15 buah bertaraf kolej universiti

dan (empat) 4 buah kampus cawangan universiti luar negara dan selebihnya kolej swasta.

Peranan IPTS telah banyak berubah daripada sebagai penampung pelajar yang tidak dapat

meneruskan pengajian mereka ke IPTA kepada penyedia pendidikan peringkat tertiari

yang berkualiti. Senarai Universiti dan Kolej Universiti Swasta adalah seperti di

Lampiran

4

. Secara ringkasnya, pecahan bilangan IPT adalah seperti di

Jadual 3.1

.

Jadual 3.1

Bilangan Institusi Pengajian Tinggi (pada bulan Jun 2007)

3.04 Pada tahun 2003, enrolmen pada peringkat tertiari bagi kohort 17 – 23 tahun adalah

seramai 979,745 pelajar atau 29 peratus berbanding dengan bilangan penduduk bagi

kohort yang sama seramai 3,277,338 orang. Angka ini dijangka meningkat kepada

1,480,600 pelajar atau 40 peratus pada tahun 2010. Menjelang tahun 2020, angka

ini dijangka mencecah kepada 2,078,900 atau 50 peratus seperti di

Jadual 3.2

. Ini

mengambil kira unjuran pertumbuhan penduduk negara dan kadar pertumbuhan

tahunan purata dua (2) peratus bagi lepasan menengah serta empat (4) peratus bagi

kolej awam, IPTA dan pendidikan swasta masing-masing.

Jenis Institusi

Bilangan

Universiti Awam

20

Politeknik

21

Kolej Komuniti

37

Universiti/Kolej Universiti Swasta

36

Kolej Swasta

2

485

JUMLAH

599

PELAN STRATEGIK

PENGAJIAN TINGGI NEGARA

MELUASKAN AKSES DAN MENINGKATKAN EKUITI

PENDAHULUAN

3.01 Akses dan ekuiti dalam pengajian tinggi merupakan kesinambungan daripada peringkat prasekolah, rendah dan

menengah. Pencapaian pelajar di peringkat pasca menengah akan menentukan peluang mereka menyertai institusi

pengajian tinggi melalui keupayaan akademik dan penglibatan kokurikulum masing-masing. Pasa masa ini, kemasukan

pelajar ke IPTA adalah sangat kompetitif dan pelajar tidak semestinya mendapat tempat dalam jurusan pengajian

yang dipilih. Ini adalah kerana laluan ke IPTA adalah terhad bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

Sistem yang diamalkan sekarang berasaskan kepada prinsip meritokrasi. Sistem ini memberi layanan yang sama

kepada setiap pelajar tanpa mengira jurang pendapatan, wilayah, perbezaan etnik dan keupayaan fizikal. Setiap pelajar

yang layak menyertai pendidikan tertiari tidak seharusnya dinafikan peluang mereka disebabkan oleh faktor

kewangan. Pelbagai sumber pembiayaan akan terus disediakan kepada mereka seperti biasiswa, pinjaman PTPTN dan

bantuan lain. Menjelang tahun 2020, dianggarkan 50 peratus kohort 17–23 tahun menyertai pendidikan tertiari dan

33 peratus daripada tenaga kerja mempunyai kelayakan tertiari terutamanya yang berkaitan dengan bidang sains dan

teknologi.

STATUS SEMASA

Akses kepada pendidikan tertiari

3.02 Sejarah penubuhan pengajian tinggi di Malaysia bermula dengan penubuhan Universiti Malaya pada tahun 1961. Ini

diikuti dengan penubuhan Universiti Sains Malaysia dan Kolej Tunku Abdul Rahman dalam tahun 1969. Ekoran

daripada itu, bilangan IPTA telah bertambah pada tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an. Sehingga tahun 2007, negara

mempunyai 20 IPTA

(Lampiran 1)

yang mempunyai enrolmen seramai 330,186 pelajar. Sementara itu, Politeknik

Ungku Omar merupakan politeknik pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1969. Sehingga kini, bilangan

politeknik di Malaysia telah bertambah kepada 21 buah di seluruh negara

(Lampiran 2)

. Penubuhan Kolej Komuniti

pula mencatatkan satu perkembangan baru dalam sejarah pengajian tinggi sejak tahun 2001. Ia bertujuan untuk

menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan membuka peluang latihan serta pendidikan orang dewasa di

komuniti setempat. Pada awal penubuhannya, sebanyak sepuluh buah kolej komuniti rintis diwujudkan dan kini

jumlahnya menjadi 37 buah

(Lampiran 3

).

37

36

Sumber :

Kementerian PengajianTinggi Malaysia

2

Mengikut Akta IPTS 1996,cawangan sesebuah IPTS dianggap sebagai entiti berasingan.