

322
3.0 SUMBER MANUSIA
3.1 PENGENALAN
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UPNM memainkan peranan yang penting dalam
menerajui pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Kaedah yang digunakan dalam
semua urusan ialah dengan memberi perkhidmatan dan memudahkan segala urusan
mengikut polisi dan prosedur yang telah ditetapkan. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
dalam mendukung hasrat Universiti untuk bersaing di peringkat antarabangsa sentiasa
melihat kepada pengukuhan perjawatan dan penstrukturan semula organisasi agar terus
relevan dengan perkembangan semasa. Walau bagaimanapun, penekanan dalam aspek
pembangunan modal insan bagi menyediakan latihan dan kemahiran sebagai sumber
manusia dapat memaksimumkan kapasiti sebagai persediaan melaksanakan urusan tugasan
harian agar dapat membentuk insan terbaik (
Khairu Ummah
) yang sentiasa dirahmati oleh
Tuhan.
3.2 KEKUATAN
Perancangan sumber manusia yang dilaksanakan adalah selari dengan Pelan Strategik
UPNM dan Pelan Strategik Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Sumber manusia iaitu staf merupakan antara aset penting untuk merealisasikan matlamat
yang ditetapkan agar terus relevan bersaing dalam pasaran. Sehubungan itu, Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia selaku jabatan yang bertanggungjawab menguruskan
pengambilan dan pelantikan dapat mengenal pasti calon yang berkelayakan serta
berkemahiran untuk menjawat jawatan. Staf yang kompeten dan berdaya saing diperlukan
dalam menghasilkan
output
yang berkualiti. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia juga
memberi laluan pembangunan kerjaya kepada staf yang berkemahiran tinggi dan memberi
sumbangan kepada universiti. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sentiasa memohon
pengukuhan perjawatan untuk gred kenaikan pangkat bagi memberi peluang kepada staf
yang kompeten, cekap dan efektif.
Tidak dapat dinafikan untuk memberi peluang kenaikan pangkat, kemahiran yang tinggi perlu
ada pada setiap staf. Justeru, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menyediakan
latihan dan kursus yang bersesuaian kepada staf untuk mempersiapkan diri apabila menjawat
jawatan yang lebih tinggi. Selain itu, latihan dan kursus diadakan sepanjang tahun untuk
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan staf dalam melaksanakan urusan
seharian. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama FPJB mengambil