

325
UPNM juga telah membangunkan system e-Mesyuarat secara atas talian pada tahun 2016.
Sistem ini juga telah melalui proses evolusi dengan beberapa penambahbaikan dibuat
mengikut keperluan dari masa ke semasa.
Sistem ini memudahkan serta membantu pihak urusetia dalam melancarkan kerja,
mengurangkan penggunaan kertas serta menyimpan maklumat berkaitan dengan minit
mesyuarat. Agenda mesyuarat, kertas kerja dan minit mesyuarat akan dimuatnaik melalui
sistem tersebut.
Sebelum sesuatu keputusan dicapai, Senat akan memastikan semua ahli mesyuarat
mengambil kira elemen risiko dalam perbincangan yang dilakukan. Langkah ini akan
membantu universiti bagi tujuan menangani risiko terhadap keputusan yang dibuat. Dalam
memilih ahli Senat dalam kalangan wakil profesor, sistem e-Undi digunakan. Semua Profesor
dan Profesor Madya layak memilih lima calon dalam kalangan profesor yang dirasakan
berkemampuan mewakili suara warga UPNM di Mesyuarat Senat.
4.3 ASPEK PEMERHATIAN
Senat perlu memastikan komposisi ahli Senat sentiasa mencukupi dalam mewakili bidang
kepakaran dan bidang tujahan universiti. Dari semasa ke semasa, bilangan ahli disemak
semula untuk memenuhi keperluan-keperluan mengikut perkembangan terkini universiti.
Pelan Strategik atau apa-apa yang berkaitan dengan hala tuju akademik perlu dilaporkan
kepada Senat secara berkala. Ini adalah penting supaya ahli senat sentiasa diberi maklumat
terkini berkenaan perancangan strategik universiti yang akan memberi kesan secara langsung
kepada perjalanan operasi di fakulti dan pusat akademik.
Senat sentiasa mengambil langkah yang berterusan dalam memartabatkan etika dan
memastikan integriti menjadi etos kerja dalam kalangan ahli Senat. Antaranya adalah
penerapan nilai etika dan integriti dalam kalangan ahli Senat apabila menentukan perkara
yang melibatkan konflik kepentingan dalam membuat sesuatu keputusan.
4.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Sebagai UA termuda di Malaysia, banyak perkara yang masih boleh ditambah baik dalam
memastikan pengurusan tadbir urus akademik yang lebih berkesan. Perkara pertama yang