Previous Page  444 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 444 / 449 Next Page
Page Background

324

4.0 AKADEMIK

4.1 PENGENALAN

Senat UPNM merupakan sebuah badan akademik universiti dan tertakluk kepada peruntukan

Perlembagaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Statut UPNM, Kaedah-Kaedah dan

Peraturan-peraturan yang berkaitan.

Senat merupakan badan tertinggi akademik yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam

memastikan perjalanan urusan berkaitan hal ehwal akademik diurus tadbir dengan cekap dan

berkesan di setiap fakulti. Antaranya, pengajaran, penyelidikan, peperiksaan dan pengurniaan

ijazah, diploma dan sijil kepujian akademik. Senat juga meluluskan penawaran program

baharu, semakan kurikulum, pemarkahan peperiksaan dan penganugerahan.

Peranan Senat UPNM amat penting kerana ia mendokong peranan utama universiti iaitu

pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Pengurusan Senat yang efektif dan mantap

membolehkan program akademik UPNM berkembang dan mampu menarik pelajar terbaik

menyambung pengajian di UPNM sejajar dengan Pelan Strategik UPNM 2016 -2025.

4.2

KEKUATAN

Bilangan ahli Senat mempunyai keanggotaan seramai 28 orang yang mewakili semua

kepentingan akademik dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di UPNM. Keahlian

Senat merangkumi Naib Canselor, semua Timbalan Naib Canselor, semua Dekan Fakulti dan

Pengarah Pusat Akademik, wakil dalam kalangan profesor, ahli ko-opt. dan ahli

ex-officio

membolehkan Mesyuarat Senat diadakan berdasarkan terma rujukan. Di samping itu,

keahlian dalam kalangan profesor yang mempunyai kepakaran dalam bidang Pertahanan dan

Keselamatan menepati keperluan bidang tujahan UPNM.

Senat mempunyai empat jawatankuasa utama yang turut menyokong fungsinya iaitu

Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Akademik (JPPA); Jawatankuasa

Peperiksaan Universiti; Jawatankuasa Pengajian Siswazah Universiti (JPSU); dan

Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi Universiti (JPIU). Jawatankuasa ini akan

membincangkan dan mengusulkan perkara-perkara yang berkaitan untuk kelulusan Senat.