

318
menyokong di antara satu sama lain di dalam merealisasikan matlamat dan aspirasi
universiti.
1.2.8
Kekuatan dalam sistem tadbir urus institusi di UPNM dilihat dari segi komunikasi dua
hala yang terjalin antara barisan LPU bersama barisan Pengurusan UPNM yang
dicerminkan melalui aktiviti dan tanggungjawab berikut: -
Pelantikan
mentor mentee
untuk memberi inspirasi dan nasihat kepada pelajar-
pelajar baru sempena program orientasi perdana sambutan siswa setiap tahun.
Pemilihan
mentor mentee
daripada Kementerian Pertahanan sebagai simbol
kepada bidang tujahan UPNM iaitu Pertahanan dan Keselamatan.
Peranan
check and balance
dipamerkan melalui penyertaan dalam jawatankuasa
siasatan dan tatatertib kakitangan UPNM. Pengerusi kepada jawatankuasa
tatatertib staf adalah pengerusi LPU sendiri bagi memastikan ketelusan dalam
setiap keputusan yang dibuat dan prinsip keadilan semulajadi dipraktikkan.
Peranan kawal selia dapat dizahirkan melalui penglibatan ahli LPU dalam JKA
dan JKTK.
Pelantikan Ijazah Kehormat sempena majlis konvokesyen UPNM setiap tahun
dibincangkan bersama ahli LPU bagi memastikan tokoh yang berjasa kepada
masyarakat serta kaitannya dengan bidang tujahan universiti iaitu keselamatan
dan pertahanan. Setakat ini semua tokoh penerima Ijazah Kehormat peringkat
kedoktoran dan sarjana dipilih dikalangan pegawai atau pesara tentera atau polis
yang berjasa kepada masyarakat dan negara.
Jalinan kerjasama antara UPNM dan industri pertahanan serta swasta.
Kerjasama erat antara UPNM dan University of Warwick
dalam melaksanakan
program eksekutif di kalangan anggota tentera bagi mendapatkan kepakaran
untuk berdaya saing. Program pertukaran tenaga pengajar dan pengendalian
modul pembelajaran juga dititikberatkan
.
Khidmat nasihat dan rundingan dalam penubuhan syarikat perniagaan di UPNM
melalui penubuhan
UPNM Holdings
.
Memastikan keuntungan syarikat serta
aktiviti pelaburan dibincang bersama ahli LPU dan Pengurusan UPNM.
Peranan LPU dalam pelantikan jawatan utama di UPNM seperti jawatan
Pendaftar, Bursar dan Ketua Pustakawan selaras dengan ketetapan
perlembagaan.