Previous Page  437 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 437 / 449 Next Page
Page Background

317

1.0 GOVERNAN INSTITUSI

1.1 PENGENALAN

Dalam memacu kecemerlangan universiti muda, peranan dan tanggungjawab LPU adalah

besar dan signifikan selaras dengan fungsinya seperti yang tertera dalam Perlembagaan

UPNM.

LPU merupakan teraju utama universiti dan berperanan sebagai pembuat dasar, pengawal

serta pemantau keputusan, dasar dan polisi agar sejajar dengan hala tuju universiti. LPU

bersama-sama Pengurusan UPNM bergerak seiring dalam mentadbir dan membangunkan

universiti serta mengatasi sebarang permasalahan dan isu yang timbul dalam proses

pentadbiran dan pembangunan tersebut.

1.2

KEKUATAN

1.2.1

LPU memainkan peranan aktif dalam memandu, memberi input serta menyokong hala

tuju dan aspirasi UPNM bagi mencapai misi dan visi untuk melahirkan

“Intellectual

Leaders of Character.

1.2.2

LPU menggalakkan Universiti menerokai bidang dan program baru terutamanya

dalam penyelidikan dan teknologi.

1.2.3

LPU mengutamakan perkembangan kemajuan Universiti dengan memastikan laporan

kemajuan dibentangkan pada setiap mesyuarat LPU.

1.2.4

LPU memberi tumpuan serius terhadap pelaksanaan pelan pengurusan dan

pembangunan bakat yang komprehensif dan berkesan bagi memastikan

kesinambungan kepimpinan yang berwibawa.

1.2.5

LPU memberi galakan secara berterusan dengan mencadangkan pelbagai inisiatif ke

arah penjanaan pendapatan Universiti supaya lebih bersedia menggalas status

universiti berautonomi.

1.2.6

LPU tutur memberi lebih tumpuan dan dorongan dalam bidang penggunaan ICT bagi

meningkatkan proses penyampaian maklumat.

1.2.7

Pengerusi LPU dan Naib Canselor menunjukkan kepimpinan yang berkesan di

samping mempunyai jalinan hubungan kerjasama yang erat dan harmoni serta saling