

319
1.3 ASPEK PEMERHATIAN
Salah satu aspek yang sentiasa diberi perhatian oleh LPU dan Pengurusan UPNM dalam
mentadbir urus UPNM adalah tujuan penubuhan dan hasrat pemegang taruh.
Pemerhatian dari segi kerjasama dan pemahaman antara LPU dan Pengurusan UPNM
dengan KPT dan KEMENTAH sentiasa diambilkira dan dititikberatkan. Sehubungan itu,
penglibatan ahli LPU yang mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang antaranya
ketenteraan, pendidikan, industri dan kewangan dilihat dapat memberi panduan berkenaan
hasrat Universiti dalam mencapai misi dan visi serta pelan strategik Universiti.
Selain itu, pengurusan UPNM dinaungi oleh Naib Canselor yang merupakan salah seorang di
antara pegawai tertinggi ATM agar dapat berganding bahu dengan LPU memandu universiti
menuju hala tuju yang telah ditetapkan. Di samping itu, faktor dan perkara yang berkaitan
dengan bidang tujahan UPNM juga sentiasa dititkberatkan dan diberi pemerhatian oleh LPU
dan Pengurusan UPNM.
1.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Eksesais Autonomi diharap dapat mempertingkatkan serta memperkasakan fungsi dan
bidang kuasa LPU khasnya dan Pengurusan Universiti amnya berkaitan tadbir urus
kewangan, sumber manusia, akademik dan lain-lain. Semua dokumen dan polisi yang
dibentuk dibawa berbincang dan diperhalusi bagi mendapatkan amalan terbaik sebelum
digunakan.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan autonomi kepada kesemua Universiti
Awam termasuk UPNM, LPU bersama-sama Pengurusan Universiti lebih memantapkan
pelaksanaan tugas dan bidang kuasa masing-masing sebagai persediaan menuju ke arah itu.