

321
Sehubungan dengan itu juga, sistem kewangan SAGA yang diguna pakai di UPNM sejak
tahun 2009 telah mendapat pengiktirafan pematuhan SAGA
(SAGA Compliance)
pada 18
Julai 2016.
Sistem kewangan ini dilengkapkan lagi dengan sistem Laporan Eksekutif Kewangan (EIS).
EIS ini telah dijadikan projek inovasi dan telah menyertai pertandingan Anugerah Inovasi
Pengurusan Kewangan (AIPK) 2017. UPNM telah disenarai pendek sebagai tiga agensi yang
berjaya ke peringkat akhir.
UPNM juga telah menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan kewangan dengan
kejayaan mendapat lima bintang di dalam Indeks Akauntabiliti tahun kewangan 2016. UPNM
berada ditempat kelapan daripada 38 Badan berkanun Persekutuan atau kedudukan kelima
daripada 20 Univesiti Awam (UA).
2.3 ASPEK PEMERHATIAN
Pergantungan UPNM sepenuhnya terhadap geran kerajaan untuk membiayai aktiviti
mengurus Universiti. Peruntukan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan semakin
berkurangan dan tidak mencukupi untuk melaksanakan segala aktiviti yang telah dirancang.
2.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Menggerakkan keseluruhan struktur UPNM termasuk akademik untuk melaksanakan aktiviti
yang dapat menjana pendapatan tambahan kepada universiti dan seterusnya dapat
meningkatkan pendapatan ke paras 25% daripada keperluan belanja mengurus serta
menstrukturkan semula staf di jabatan dan fakulti supaya dapat melaksanakan fungsi
kewangan dengan efektif dan efisyen, tanpa wujud sebarang pembaziran yang ditegah dalam
semua ajaran Agama Samawi.