Previous Page  440 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 440 / 449 Next Page
Page Background

320

2.0 KEWANGAN

2.1 PENGENALAN

Pengurusan kewangan merupakan aktiviti yang kritikal di UPNM dan diberi penekanan yang

utama kerana ia melibatkan pengurusan wang awam yang memerlukan pelaporan yang telus

dan bertanggungjawab. Adalah penting fungsi pengurusan kewangan dilaksanakan dengan

teratur supaya dapat memastikan peruntukan dibelanjakan dengan cekap dan berkesan.

Peranan pengurusan kewangan UPNM adalah tidak terhad kepada staf di Jabatan Bendahari.

Staf jabatan dan fakulti lain juga termasuk staf akademik memainkan peranan yang penting

dan signifikan dalam penjanaan pendapatan, pengumpulan dan penganalisisan data dan

maklumat kewangan.

2.2 KEKUATAN

Kekuatan pengurusan kewangan UPNM ialah mempunyai polisi dan peraturan kewangan

yang menyeluruh dan telah dibukukan sebagai “Garis Panduan Pengurusan Kewangan

UPNM.” Garis panduan ini telah diguna dan diterima pakai untuk segala aktiviti kewangan di

semua peringkat di dalam UPNM. Garis panduan pengurusan kewangan ini adalah jelas

kerana digubal berdasarkan kepada peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh agensi

pusat dan pihak pengurusan dan berkuasa universiti.

Pematuhan kepada peraturan kewangan ini dipantau secara konsisten dan berterusan oleh

Bahagian Audit Dalam, Audit Luar dan pihak berkuasa universiti seperti Lembaga Pengarah

Universiti (LPU), Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK), Jawatankuasa Audit (JKA) serta

agensi pusat seperti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan

(MoF).

Proses pemantauan yang berterusan dapat memberi input kepada penambahbaikan dalam

proses kewangan. Hasilnya, UPNM telah berjaya mendapat Sijil Bersih dari Jabatan Audit

Negara selama 10 tahun berturut-turut. Pada tahun 2016, UPNM telah menggunakan

Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS) untuk tujuan penutupan akaun pada

tahun tersebut. UPNM merupakan UA pertama yang mendapat kelulusan daripada Jabatan

Akauntan Negara Malaysia (JANM) bagi pemakaian awal MPSAS. Justeru, UPNM telah

menjadi sumber rujukan berkaitan MPSAS kepada Badan Berkanun lain yang akan

melaksanakan MPSAS menjelang tahun 2020.