Previous Page  443 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 443 / 449 Next Page
Page Background

323

inisiatif bersama dalam mengenal pasti keperluan latihan mengikut kompetensi masing-

masing.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia juga memberi kemudahan dan kebajikan kepada staf

secara langsung dan tidak langsung. Peluang untuk melanjutkan pengajian sentiasa terbuka

kepada staf akademik dalam skim cuti belajar yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan

Sumber Manusia. Begitu juga dengan kemudahan pinjaman komputer, skim klinik panel, sagu

hati kepada staf yang bersara wajib dan sebagainya telah diperkenalkan untuk memberi

insentif kepada staf UPNM.

Kekangan yang dihadapi oleh Universiti ialah bilangan perjawatan yang minimum untuk

memacu kecemerlangan UPNM supaya dapat dan terus bersaing dengan Universiti Awam

yang lain. Kemahiran, pengetahuan dan pengalaman staf dalam melaksanakan urusan

pentadbiran dan pengurusan perlu diatasi dan diperbaiki.

3.3 ASPEK PEMERHATIAN

Penilaian prestasi tahunan perlulah dititikberatkan agar penilaian dilakukan berdasarkan

kepada prestasi sebenar mengikut

Key Performance Indicator

(KPI) yang ditetapkan. Sistem

penetapan sasaran kerja tahunan perlu diberi perhatian supaya pengukuran pada akhir tahun

dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud.

3.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk mempertingkatkan tadbir urus dan perkhidmatan yang jitu, usaha telah dilakukan untuk

menambah baik sistem kehadiran staf. Sistem ini dapat menerbitkan disiplin supaya akur

dengan polisi dan peraturan sedia ada. Sistem ini dapat memberi kemudahan kepada

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk menganalisis, mengawal selia dan memantau

pergerakan staf. Selain itu, bagi memantapkan sistem dokumentasi dan rekod dengan lebih

holistik satu inisiatif untuk mengintegrasikan semua maklumat dan laporan perlu dilakukan

supaya capaian dapat dilakukan dengan mudah dan rujukan dibuat secara teratur.