

162
b) Tender
Tender dibuat secara tender terbuka yang mana semua
petender yang layak boleh menyertai perolehan berkenaan
dan tawaran harga yang terbaik dan memenuhi spesifikasi.
Garis Panduan Pengesyoran Lembaga Perolehan B (LPB)
Universiti telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga
Perolehan B Bil. 4/ 2015 pada 30 April 2015. Pertimbangan
tender yang paling menguntungkan dengan mengambil kira
harga, perkhidmatan atau kegunaan barangan, kuantiti,
kualiti, tempoh penyerahan atau penyiapan, kos
penyenggaraan dan faktor-faktor lain yang berkaitan.
c) Kajian Pasaran
PTj juga diminta untuk menjalankan kajian pasaran bagi
penentuan spesifikasi dan untuk mendapatkan nilai terbaik.
Taklimat Modul e-kajian pasaran telah dibuat dan
dilaksanakan di peringkat PTj.
d) Rundingan Harga
Kaedah runding harga dalam perolehan universiti
membolehkan tawaran harga yang terendah dapat dicapai
dan menguntungkan pihak universiti.
e) Jawatankuasa Spesifikasi
Jawatankuasa Spesifikasi telah ditubuhkan pada 3 Januari
2017 bagi menilai dan meluluskan spesifikasi yang
disediakan oleh Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi
sebelum diiklankan oleh Bahagian Perolehan, Jabatan
Bendahari. Ini adalah bagi memastikan setiap sebutharga
dan tender akan mendapat saingan yang terbuka dan nilai
faedah yang terbaik kepada UPNM.