Previous Page  278 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 278 / 449 Next Page
Page Background

157

kemampanan kewangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti universiti. Fungsi kewangan

menyokong seperti pengagihan sumber kewangan yang cekap, perancangan

penjanaan pendapatan dan pengurusan risiko. Infrastruktur kewangan mempengaruhi

prestasi kewangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Infrastruktur

kewangan dijana oleh sumber manusia, sistem dan kemudahan infrastruktur fizikal.

Lapan fungsi utama perkhidmatan kewangan termasuk bajet, penjanaan dan kutipan

hasil, perolehan, pembayaran, pengurusan aset, perakaunan, pengurusan risiko dan

tadbir urus kewangan.

2.1

POLISI, PERATURAN, PROSEDUR BAGI PENGURUSAN DAN KELESTARIAN

KEWANGAN

2.1.1

Pengurusan Perolehan dan Pembayaran UPNM

Jabatan Bendahari mempunyai sistem perolehan dan

pembayaran menyeluruh yang diguna pakai berdasarkan

Garis Panduan Pengurusan Kewangan UPNM.

Bagi memastikan semua perolehan dan pembayaran

mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan, Garis

Panduan Pengurusan Kewangan UPNM diwujudkan sebagai

garis panduan dalam menguruskan aktiviti kewangan di

peringkat Pusat Tanggungjawab (PTj). Garis panduan ini

menerangkan dengan jelas proses merancang, mengawal dan

menguruskan kewangan UPNM serta menyatakan prosedur

arahan perakaunan dan kewangan yang berkaitan dengannya.

Ia turut menerangkan dengan jelas jawatankuasa-

jawatankuasa berkaitan kewangan yang dilantik dan had-had

kuasa yang telah ditetapkan.

UPNM juga sentiasa memberikan latihan berkaitan

pengurusan kewangan kepada staf yang menguruskan hal

ehwal kewangan bagi memastikan urus tadbir di peringkat PTj

adalah teratur.

Dokumen Rujukan

:

i. KEW 1A

ii. KEW 4

iii. KEW 6A

iv. KEW 9A

v. KEW 9B

vi. KEW 9D

vii. KEW 12A

Dokumen Rujukan

:

i. KEW 26