Previous Page  277 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 277 / 449 Next Page
Page Background

156

dan penyelidikan. Penekanan terhadap penjimatan dan pengurangan kos juga mampu

menyumbang kepada kemampanan kewangan.

Mempelbagaikan Punca Pendapatan –

‘Diversification of Income’

Mengambil kira keadaan ekonomi semasa, universiti sedang berada dalam tempoh di

mana kekangan perbelanjaan adalah amat mendesak. Oleh yang demikian fungsi-

fungsi kewangan perlu berperanan ke arah meningkatkan kecekapan yang mampu

menyumbang pulangan perbelanjaan dan pelaburan. Perkara yang amat penting

dalam usaha ke arah kemampanan kewangan ialah mempelbagaikan sumber

pembiayaan melalui penjanaan pendapatan dalaman universiti. Keseimbangan

struktur pendapatan dapat dilaksanakan melalui penjanaan pendapatan sama ada

daripada punca-punca sedia ada atau punca-punca pendapatan baharu. Kepelbagaian

punca pendapatan ini diharap dapat mengurangkan kebergantungan universiti kepada

geran kerajaan. Sumber-sumber pendapatan baharu ini dapat menyediakan

kecukupan dana bagi membiayai operasi dan pelaburan ke atas aktiviti-aktiviti

akademik dan penyelidikan

.

Peruntukan dan Pengagihan Pembiayaan –

‘Allocation and Distribution of

Funding’

Pembiayaan diperuntukkan dan diagihkan melalui penerimaan geran kerajaan dan

kutipan sumber dalaman universiti. Peruntukan kewangan ialah proses menyediakan

sumber kewangan terhadap cadangan program dan aktiviti manakala pengagihan

kewangan pula ialah proses mengenal pasti keutamaan perbelanjaan di pusat kos dan

tanggungjawab universiti. Kedua-dua proses ini perlu dilaksanakan berdasarkan

kepada dasar dan keutamaan universiti. Oleh yang demikian mekanisme pendekatan

yang sewajarnya perlu diwujudkan bagi memastikan kelangsungan perancangan

universiti. Belanjawan Berasaskan Keutamaan

(‘Priority Based Budgeting’)

merupakan

kaedah yang sesuai digunakan bagi memastikan sumber-sumber pembiayaan

diperuntukkan dan diagihkan dengan cekap dan berkesan.

Penambahbaikan Infrastruktur Kewangan –

‘Improving Finance Infrastructure’

Infrastruktur kewangan ialah nadi kepada pengurusan kewangan universiti. Produktiviti

sistem kewangan universiti adalah salah satu faktor utama yang menyokong kepada