

160
bermula Julai 2017. Dengan adanya sistem e-pembekal, PTj
dapat
mengakses setiap pesanan tempatan yang telah
dikeluarkan, membuat penilaian pembekal dengan mudah dan
cepat, membuat pelawaan sebutharga kepada pembekal
berdasarkan kod bidang Kementerian Kewangan dan
mengakses maklumat syarikat. Penggunaan kertas juga akan
dapat dikurangkan.
Proses Pendaftaran syarikat juga adalah secara dalam talian
iaitu maklumat pendaftaran syarikat dikemaskini secara dalam
talian oleh syarikat bermula pada Jun 2017. Syarikat diberikan
akses untuk memasukkan maklumat syarikat dan kod bidang
Kementerian Kewangan. Syarikat tidak perlu mengemukakan
profil syarikat dan semakan kesahihan data yang diisi oleh
syarikat akan disemak juga secara dalam talian di dalam laman
sesawang Kementerian Kewangan.
Penggunaan sistem berkomputer dapat meningkatkan
kecekapan dalam menjalankan operasi kewangan
terutamanya dalam proses perolehan dan pembayaran.
Tempoh pembayaran dapat dipercepatkan daripada 30 hari
kepada 14 hari tertakluk kepada dokumen yang diterima
adalah lengkap dan betul.
Pesanan Tempatan dapat dikeluarkan dalam tempoh 7 hari
bekerja tertakluk kepada dokumen yang diterima adalah
lengkap dan betul.
Jabatan Bendahari juga menggunakan Sistem Laporan
Kewangan Eksekutif (EIS) untuk memantau proses
pembayaran bil tidak melebihi 14 hari dan yang berkaitan.
Dokumen Rujukan
:
i.
KEW 1A
ii. KEW 3A
iii. KEW 3C
iv. KEW 3D
v. KEW 10I