

166
2.1.3
Pelaporan Kewangan
Pendedahan yang mencukupi telah dibuat untuk memastikan
ketelusan, akauntabiliti dan integriti universiti sentiasa dapat
ditingkatkan melalui penyediaan penyata kewangan
berdasarkan kepada konvensyen kos sejarah dan mengikut
piawai perakaunan. Bagi tahun 2007 sehingga 2015 UPNM
mengguna pakai
‘Private Entity Reporting Standards’
(PERS)
yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia
(MASB). Bermula pada tahun 2016, UPNM telah diluluskan
oleh Jabatan Akauntan Negara untuk pemakaian awal
Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia (MPSAS)
melalui surat ANM/SPP/P/2/75 Jld.1 (62) bertarikh 21 Oktober
2016.
Polisi perakaunan penting yang diguna pakai dalam
penyediaan laporan kewangan ada dinyatakan di dalam Nota
Kepada Akaun di dalam penyata kewangan.
Penyediaan dan pembentangan laporan tahunan dan penyata
kewangan adalah berdasarkan kepada 1PP – Pekeliling
Perbendaharaan PA 3.1/2013.
Penyata Kewangan dihantar dalam tempoh yang ditetapkan
dan telah mendapat Sijil Bersih dari Jabatan Audit Negara.
Penyata kewangan telah diaudit oleh juru audit luar yang
dilantik oleh Jabatan Audit Negara.
Dokumen Rujukan
:
i. KEW 1A
ii. KEW 3L
Dokumen Rujukan
:
i.
KEW 6A
Dokumen Rujukan
:
i.
KEW 16A
Amalan Terbaik:
Penyediaan dan pembentangan Laporan Tahunan dan
Penyata Kewangan adalah berdasarkan kepada Pekeliling
Perbendaharaan PA3.1/2013.