Previous Page  292 / 449 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 292 / 449 Next Page
Page Background

171

2.1.5

Penyimpanan Rekod dan Kebolehcapaian Maklumat

UPNM mempunyai dua kaedah utama bagi perekodan

maklumat perakaunan iaitu secara elektronik dan

penyimpanan maklumat secara manual. Ini adalah untuk

memastikan ketulenan dan integriti data adalah terkawal dan

terjamin.

Bagi perekodan secara elektronik UPNM menggunakan

Sistem Kewangan Berkomputer (SAGA) bagi tujuan

pengurusan kewangan, semua aktiviti berkaitan dengan fungsi

akses dan penyimpanan rekod kewangan adalah berdasarkan

prosedur dan polisi yang telah ditetapkan.

Dokumen Rujukan

:

i. KEW 1A

ii. KEW 3

Semua maklumat hendaklah disimpan dengan teratur dan

selamat bagi mengelakkan kerosakan, kecurian atau

kehilangan.

Berikut merupakan fungsi dan mekanisme keselamatan yang

sedia ada dalam Sistem SAGA :

a. Perakuan dan pengesahan bayaran

‘Electronic Fund

Transfer’

dan

‘Salary Crediting’

melalui CIMB

‘Bizchannel’

mempunyai dua peringkat

‘authentication’

iaitu

login

menggunakan

‘security device’

yang

dikeluarkan oleh

‘digicert.’

b. Kemudahan pentadbiran profil keselamatan untuk

mengkonfigurasi dan menyelenggara setiap pengguna

sistem mengikut peranan masing-masing. Hanya

pentadbir sistem boleh menetapkan tahap capaian

pengguna.

Dokumen Rujukan:

i. KEW 7C

ii. KEW 25B