

175
Amalan Terbaik:
1. Kata laluan adalah dikawal sepenuhnya oleh pengguna itu
sendiri. Pengurus sistem tiada capaian bagi mengetahui
kata laluan setiap pengguna yang didaftarkan. Pengguna
boleh mengemaskini kata laluan pada bila-bila masa tanpa
melalui pengurus sistem.
2. Capaian kepada data hanya boleh dilakukan sekiranya
mengetahui ID dan kata laluan pengguna dan Pangkalan
Data. Pihak luar perlu mendapat kebenaran Pengurus
Sistem SAGA dan kebenaran Pengurus Rangkaian UPNM
untuk sebarang capaian kepada data. Hanya pihak
pembekal (Censof) sahaja yang dibenarkan untuk capaian
data bergantung pada laporan RFS pengguna dan
dipantau oleh Pengurus Sistem.
2.1.6
Penubuhan dan Pemantauan Anak Syarikat
Universiti mengguna pakai sepenuhnya Garis Panduan
Pelaburan IPTA tahun 2004. Universiti telah menubuhkan
syarikat yang dinamakan UPNM Business Centre Sdn. Bhd.
(UPNMBC) yang kini dikenali sebagai UPNM Holdings Sdn.
Bhd. (UPNMHSB). Kertas cadangan penubuhan UPNMHSB
yang mengandungi pelan perniagaan seperti matlamat
penubuhan syarikat, modal syarikat dan pemegang saham, ahli
lembaga pengarah, struktur organisasi, unjuran aliran tunai dan
jangkaan penyata pendapatan untuk tempoh lima tahun telah
diluluskan di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti
(LPU) Bil. 03/08 yang bersidang pada 15 Julai 2008.
UPNMHSB ditubuhkan secara rasmi pada 29 Julai 2010
setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan
Malaysia melalui surat rujukan KK/BKP(S)10/72-1 Jld 3
sk.10/2009(4) bertarikh 28 Disember 2009 dan Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia melalui surat rujukan
JPT(G)2000/021/017/011 Jld.2(5) bertarikh 31 Disember 2009.
Dokumen Rujukan:
i.
KEW 1B
ii. KEW 9A
iii. KEW 9L
iv. KEW 9P
v. KEW 11A
vi. KEW 15B
vii. KEW 15D
viii. KEW 15E