

165
Penyelenggaraan (JPP) dan pengemaskinian secara berkala
dalam Sistem Pemantauan Projek SPPII.
Pengurusan nilai sesuatu projek dilaksanakan dengan
melakukan mesyuarat kemajuan dan teknikal projek secara
berkala mengikut saiz dan tahap teknikal sesuatu projek.
Secara dasarnya mesyuarat kemajuan diadakan secara
bulanan untuk tujuan pemantauan projek. Manakala mesyuarat
teknikal juga diadakan minimumnya secara bulanan atau
mengikut keperluan jika ada isu-isu teknikal yang perlu
diselesaikan. Dalam kedua-dua mesyuarat ini, tahap
pematuhan kepada spesifikasi dan kos siling projek juga amat
dititikberatkan. Pada masa yang sama kadar kemajuan juga
dipantau agar projek disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
iv. KEW 12B
v. KEW 21B
vi. KEW 21B1
vii. KEW 21B2
viii. KEW 24
ix. KEW 37C
x. KEW 37D
Amalan Terbaik:
Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan UPNM
diadakan secara berkala bagi tujuan pemantauan projek.
Laporan status projek akan dibentangkan bagi menilai
pencapaian sesuatu projek yang dijalankan. Selain daripada
itu, laporan status projek juga perlu dikemukakan kepada
Mesyuarat Jawatan Tindakan Pembangunan Kementerian
(JTPK) pada setiap bulan.
Dalam mencapai nilai terbaik untuk setiap projek
pembangunan, kajian pasaran bagi penyediaan spesifikasi
yang tepat akan membolehkan perolehan dibuat dengan lebih
berkesan di mana harga yang terendah dapat dicapai di
samping memenuhi spesifikasi. Jawatankuasa Spesifikasi
telah ditubuhkan dan perolehan sebut harga/ tender perlu
mendapat kelulusan Jawatankuasa Spesifikasi.
Laporan Pemantauan Projek juga dilaporkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Sebutharga Universiti dan Lembaga Perolehan
Universiti.