

155
2.0 AUTONOMI KEWANGAN
Pengurusan kewangan adalah aktiviti yang kritikal di UPNM dan diberi penekanan yang
utama kerana ia melibatkan pengurusan wang awam yang memerlukan pelaporan
yang
‘accountable’
dan telus. Adalah penting fungsi pengurusan kewangan
dilaksanakan dengan teratur supaya dapat memastikan peruntukan dibelanjakan
dengan cekap dan berkesan.
Strategi kewangan adalah penting untuk merapatkan jurang antara keperluan
kewangan bagi memenuhi keperluan strategik korporat dan sumber kewangan yang
ada. Strategi kewangan juga harus memberi fokus kepada pengurusan risiko.
ISU-ISU STRATEGIK
Keperluan Pembiayaan Masa Hadapan –
‘Future Funding Requirement’
Sebagai sebuah universiti awam yang termuda, UPNM mempunyai potensi dan
peluang yang luas untuk terus membangun dan maju dalam bidang utama iaitu
pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan inovasi yang berteraskan kepada
pertahanan dan keselamatan. Pada masa kini masih terdapat keperluan pengajaran
dan pembelajaran yang perlu dilengkapkan pada tahap terbaik termasuk keperluan
kelengkapan makmal, bilik pensyarah, kelas dan kelengkapan ICT. Oleh yang
demikian, satu pelan jangka panjang telah dibangunkan untuk memastikan
pembiayaan operasi dan pembangunan universiti mencukupi bagi menampung
keperluan masa hadapan.
Kemampanan Kewangan –
‘Financial Sustainability’
Beberapa tahun kebelakangan ini, tumpuan telah mula difokuskan kepada
meningkatkan kebolehan daya saing jangka panjang universiti melalui usaha untuk
mengukuhkan kemampanan kewangan. Dalam hal ini dua strategi harus diberi
perhatian, pertama mengkaji kaedah mewujudkan pelan tindakan kemampanan
kewangan dan kedua melaksanakan mekanisme yang akan meningkatkan
keberkesanan sumber kewangan, dan dalam masa yang sama memastikan pulangan
ekonomik ke atas pembiayaan program dan aktiviti terutama dalam bidang akademik