Background Image
Previous Page  288 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 288 / 298 Next Page
Page Background

254

Selain itu, pengurusan UPNM dinaungi oleh Naib Canselor yang merupakan salah

seorang di antara pegawai tertinggi ATM agar dapat berganding bahu dengan LPU

memandu universiti menuju hala tuju yang telah ditetapkan. Di samping itu, faktor

dan perkara yang berkaitan dengan bidang tujahan UPNM juga sentiasa

dititkberatkan dan diberi pemerhatian oleh LPU dan Pengurusan UPNM.

1.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Eksesais Autonomi akan memperkasakan fungsi dan bidang kuasa LPU khasnya

dan Pengurusan Universiti amnya berkaitan tadbir urus kewangan, sumber manusia,

akademik dan lain-lain. Semua dokumen dan polisi yang dibentuk dibawa

berbincang dan diperhalusi bagi mendapatkan amalan terbaik sebelum digunakan.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberikan autonomi kepada kesemua

Universiti Awam termasuk UPNM, LPU bersama-sama Pengurusan Universiti akan

memantapkan pelaksanaan tugas dan bidang kuasa masing-masing sebagai

persediaan menuju ke arah itu.