Background Image
Previous Page  294 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 294 / 298 Next Page
Page Background

260

Jawatankuasa ini akan membincangkan dan mengusulkan perkara-perkara yang

berkaitan untuk kelulusan Senat.

Sebelum sesuatu keputusan dicapai, Senat akan memastikan semua ahli mesyuarat

mengambil kira elemen risiko dalam perbincangan yang dilakukan. Langkah ini

akan membantu universiti bagi tujuan menangani risiko terhadap keputusan yang

dibuat. Dalam memilih ahli senat dari kalangan wakil profesor, sistem

e-voting

digunakan. Semua Profesor dan Profesor Madya layak memilih lima (5) calon dari

kalangan profesor yang dirasakan berkemampuan mewakili suara warga UPNM di

Mesyuarat Senat.

4.3 ASPEK PEMERHATIAN

Senat perlu memastikan komposisi ahli senat sentiasa mencukupi dalam mewakili

bidang kepakaran dan bidang tujahan universiti. Dari masa ke semasa, bilangan

ahli disemak semula bagi memenuhi keperluan-keperluan mengikut perkembangan

terkini universiti.

Pelan Strategik atau apa-apa yang berkaitan dengan hala tuju akademik perlu

dilaporkan kepada Senat secara berkala. Ini adalah penting supaya ahli senat

sentiasa diberi maklumat terkini berkenaan perancangan strategik universiti yang

akan memberi kesan secara langsung kepada perjalanan operasi di fakulti dan pusat

akademik.

Senat sentiasa mengambil langkah yang berterusan dalam memartabatkan etika

dan memastikan integriti menjadi etos kerja dalam kalangan ahli senat. Antaranya

adalah penerapan nilai etika dan integriti dalam kalangan ahli senat apabila

menentukan perkara yang melibatkan konflik kepentingan dalam membuat sesuatu

keputusan

4.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Sebagai UA termuda di Malaysia, banyak perkara yang masih boleh ditambah baik

dalam memastikan pengurusan tadbir urus akademik yang lebih berkesan. Perkara

pertama yang boleh ditambah baik adalah penggunaan ICT secara lebih meluas