Background Image
Previous Page  293 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 293 / 298 Next Page
Page Background

259

4.0 TADBIR URUS AKADEMIK

4.1 PENGENALAN

Senat UPNM merupakan sebuah badan akademik universiti dan tertakluk kepada

peruntukan Perlembagaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Statut UPNM,

Kaedah-Kaedah dan Peraturan-peraturan yang berkaitan.

Senat merupakan badan tertinggi akademik yang bertanggungjawab sepenuhnya

dalam memastikan perjalanan urusan berkaitan hal ehwal akademik diurus tadbir

dengan cekap dan berkesan di setiap fakulti. Antaranya, pengajaran, penyelidikan,

peperiksaan dan pengurniaan ijazah, diploma dan sijil kepujian akademik. Senat

juga meluluskan penawaran program baharu, semakan kurikulum, pemarkahan

peperiksaan dan penganugerahan.

Peranan Senat UPNM amat penting kerana ia mendokong peranan utama universiti

iaitu pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Pengurusan Senat yang efektif

dan mantap membolehkan program akademik UPNM berkembang dan mampu

menarik pelajar terbaik menyambung pengajian di UPNM sejajar dengan Pelan

Strategik UPNM 2013-2017.

4.2 KEKUATAN

Bilangan ahli Senat mempunyai keanggotaan seramai 28 orang yang mewakili

semua kepentingan akademik dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di

UPNM. Keahlian Senat merangkumi Naib Canselor, semua Timbalan Naib

Canselor, semua Dekan Fakulti dan Pengarah Pusat Akademik, wakil dari kalangan

profesor, ahli ko-opt., dan ahli

ex-officio

membolehkan Mesyuarat Senat diadakan

berdasarkan terma rujukan. Di samping itu, keahlian dalam kalangan profesor yang

mempunyai kepakaran dalam bidang Pertahanan dan Keselamatan menepati

keperluan bidang tujahan UPNM.

Senat mempunyai empat (4) jawatankuasa utama yang turut menyokong fungsinya

iaitu Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Akademik (JPPA);

Jawatankuasa Peperiksaan Universiti; Jawatankuasa Pengajian Siswazah Universiti

(JPSU); dan Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi Universiti (JPIU).