Background Image
Previous Page  286 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 286 / 298 Next Page
Page Background

252

BAHAGIAN C: LAPORAN PENILAIAN KENDIRI

1.0 TADBIR URUS INSTITUSI (GOVERNAN)

1.1 PENGENALAN

Dalam memacu kecemerlangan universiti muda, peranan dan tanggungjawab

Lembaga Pengarah Universiti (LPU) adalah besar dan signifikan selaras dengan

fungsinya seperti yang tertera dalam Perlembagaan UPNM.

LPU merupakan teraju utama universiti dan berperanan sebagai pembuat dasar,

pengawal serta pemantau keputusan, dasar dan polisi agar sejajar dengan hala tuju

universiti. LPU bersama-sama Pengurusan UPNM bergerak seiring dalam mentadbir

dan membangunkan universiti serta mengatasi sebarang permasalahan dan isu

yang timbul dalam proses pentadbiran dan pembangunan tersebut.

1.2 KEKUATAN

Salah satu kekuatan dalam sistem tadbir urus institusi di UPNM dilihat dari segi

komunikasi dua hala yang terjalin antara barisan LPU bersama barisan kepimpinan

Pengurusan UPNM yang dicerminkan melalui aktiviti dan tanggungjawab berikut:-

Pelantikan

mentor

mentee

untuk memberi inspirasi dan nasihat kepada

pelajar-pelajar baru sempena program orientasi perdana sambutan siswa

setiap tahun. Pemilihan

mentor mentee

daripada Kementerian Pertahanan

sebagai simbol kepada bidang tujahan UPNM iaitu Pertahanan dan

Keselamatan.

Peranan

check and balance

dipamerkan melalui penyertaan dalam

jawatankuasa siasatan dan tatatertib kakitangan UPNM. Pengerusi kepada

jawatankuasa tatatertib staf adalah pengerusi LPU sendiri bagi memastikan

ketelusan dalam setiap keputusan yang dibuat dan prinsip keadilan

semulajadi dipraktikkan.

Peranan kawal selia dapat dizahirkan melalui penglibatan ahli LPU dalam

Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Kewangan UPNM.