

258
sepanjang tahun untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan staf
dalam melaksanakan urusan seharian. Jabatan Pendaftar dengan kerjasama
Fakulti/ Pusat/ Jabatan/ Bahagian (FPJB) mengambil inisiatif bersama dalam
mengenal pasti keperluan latihan mengikut kompetensi masing-masing.
Jabatan Pendaftar juga memberi kemudahan dan kebajikan kepada staf secara
langsung dan tidak langsung. Peluang untuk melanjutkan pengajian sentiasa terbuka
kepada staf akademik dalam skim cuti belajar yang dilaksanakan oleh Jabatan
Pendaftar. Begitu juga dengan kemudahan pinjaman komputer, skim klinik panel,
sagu hati kepada staf yang bersara wajib dan sebagainya telah diperkenalkan untuk
memberi insentif kepada staf UPNM.
Kekurangan yang ada pada masa kini ialah bilangan perjawatan yang minimum
untuk memacu kecemerlangan UPNM supaya dapat dan terus bersaing dengan
Universiti Awam yang lain. Kemahiran, pengetahuan dan pengalaman staf dalam
melaksanakan urusan pentadbiran dan pengurusan perlu diatasi dan diperbaiki.
3.3 ASPEK PEMERHATIAN
Penilaian prestasi tahunan perlulah dititikberatkan agar penilaian dilakukan
berdasarkan kepada prestasi sebenar mengikut
Key Performance Indicator
(KPI)
yang ditetapkan. Sistem penetapan sasaran kerja tahunan perlu diberi perhatian
supaya pengukuran pada akhir tahun dapat mengenal pasti kelemahan yang wujud.
3.4 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Untuk mempertingkatkan tadbir urus dan perkhidmatan yang jitu, usaha telah
dilakukan untuk menambah baik sistem kehadiran staf. Sistem ini dapat menerbitkan
disiplin supaya akur dengan polisi dan peraturan sedia ada. Sistem ini dapat
memberi kemudahan kepada Jabatan Pendaftar untuk menganalisis, mengawal
selia dan memantau pergerakan staf. Selain itu, bagi memantapkan sistem
dokumentasi dan rekod dengan lebih holistik satu inisiatif untuk mengintegrasikan
semua maklumat dan laporan perlu dilakukan supaya mudah untuk dijadikan
rujukan.