

257
3.0 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
3.1 PENGENALAN
Jabatan Pendaftar, UPNM memainkan peranan yang penting dalam menerajui
pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Kaedah yang digunakan dalam
semua urusan ialah dengan memberi perkhidmatan dan memudahkan segala
urusan mengikut polisi dan prosedur yang telah ditetapkan. Jabatan Pendaftar
dalam mencapai hasrat Universiti untuk bersaing di peringkat antarabangsa sentiasa
melihat kepada pengukuhan perjawatan dan penstrukturan semula organisasi
supaya dapat terus relevan dengan kehendak semasa. Walau bagaimanapun, aspek
pembangunan modal insan dalam menyediakan latihan dan kemahiran juga diberi
perhatian supaya sumber manusia dapat memaksimumkan kapasiti dalam
melaksanakan urusan seharian agar dapat membentuk insan terbaik (
Khairu
Ummah
) yang sentiasa dirahmati oleh Tuhan.
3.2 KEKUATAN
Perancangan sumber manusia yang dilaksanakan adalah selari dengan Pelan
Strategik UPNM dan Pelan Strategik Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. Sumber
manusia iaitu staf merupakan antara aset yang penting untuk merealisasikan
matlamat yang ditetapkan dan terus relevan bersaing di pasaran. Sehubungan itu,
Jabatan Pendaftar selaku jabatan yang bertanggungjawab menguruskan
pengambilan dan pelantikan dapat mengambil langkah awal dengan mengambil
calon yang berkelayakan serta berkemahiran untuk menjawat jawatan. Staf yang
kompeten dan berdaya saing diperlukan dalam menghasilkan
output
yang berkualiti.
Jabatan Pendaftar juga memberi laluan pembangunan kerjaya kepada staf yang
berkemahiran tinggi dan memberi sumbangan kepada universiti. Jabatan Pendaftar
sentiasa memohon pengukuhan perjawatan untuk gred kenaikan pangkat bagi
memberi peluang kepada staf yang kompeten, cekap dan efektif.
Tidak dapat dinafikan untuk memberi peluang kenaikan pangkat, kemahiran yang
tinggi perlu ada pada setiap staf. Oleh itu, Jabatan Pendaftar telah menyediakan
latihan dan kursus yang bersesuaian kepada staf untuk mempersiapkan diri apabila
menjawat jawatan yang lebih tinggi. Selain itu, latihan dan kursus diadakan