Background Image
Previous Page  289 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 289 / 298 Next Page
Page Background

255

2.0 KEWANGAN

2.1 PENGENALAN

Pengurusan kewangan merupakan aktiviti yang kritikal di UPNM dan diberi

penekanan yang utama kerana ia melibatkan pengurusan wang awam yang

memerlukan pelaporan yang telus dan bertanggungjawab. Adalah penting fungsi

pengurusan kewangan dilaksanakan dengan teratur supaya dapat memastikan

peruntukan dibelanjakan dengan cekap dan berkesan. Peranan pengurusan

kewangan UPNM adalah tidak terhad kepada staf di Jabatan Bendahari. Staf

jabatan dan fakulti lain juga termasuk staf akademik memainkan peranan yang

penting dan signifikan dalam penjanaan pendapatan, pengumpulan dan

penganalisisan data dan maklumat kewangan.

2.2 KEKUATAN

Kekuatan pengurusan kewangan UPNM ialah mempunyai polisi dan peraturan

kewangan yang menyeluruh dan telah dibukukan sebagai “Garis Panduan

Pengurusan Kewangan UPNM”. Garis panduan ini telah diguna dan diterima pakai

untuk segala aktiviti kewangan di semua peringkat di dalam UPNM. Garis panduan

pengurusan kewangan ini adalah jelas kerana digubal berdasarkan kepada

peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh agensi pusat dan pihak pengurusan

dan berkuasa universiti.

Pematuhan kepada peraturan kewangan ini dipantau secara konsisten dan

berterusan oleh Bahagian Audit Dalam, Audit Luar dan pihak berkuasa universiti

seperti Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Jawatankuasa Tetap Kewangan

(JKTK), Jawatankuasa Audit (JKA) serta agensi pusat seperti KPT dan Kementerian

Kewangan (MoF).

Proses pemantauan yang berterusan dapat memberi input kepada penambahbaikan

dalam proses kewangan. Hasilnya, UPNM telah berjaya mendapat Sijil Bersih dari

Jabatan Audit Negara selama lapan (8) tahun berturut-turut.