Background Image
Previous Page  287 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 287 / 298 Next Page
Page Background

253

Pelantikan Ijazah Kehormat sempena majlis konvokesyen UPNM setiap

tahun akan dibincangkan bersama ahli LPU bagi memastikan tokoh yang

berjasa kepada masyarakat serta kaitannya dengan bidang tujahan universiti

iaitu keselamatan dan pertahanan. Setakat ini semua tokoh penerima Ijazah

Kehormat peringkat kedoktoran dan sarjana dipilih dikalangan mantan

Panglima Angkatan Tentera dan Anggota Polis yang berjasa kepada

masyarakat dan negara.

Hubungan global dan antarabangsa antara UPNM dan Industri Pertahanan

dijalin dengan begitu baik dan teratur.

Kerjasama erat di antara UPNM dan

University of Warwick

dan pelaksanaan

program eksekutif bagi anggota tentera bagi mendapatkan kepakaran untuk

berdaya saing. Program pertukaran tenaga pengajar dan pengendalian

modul pembelajaran juga dititikberatkan

.

Nasihat dan panduan dalam penubuhan syarikat perniagaan di UPNM

melalui penubuhan

UPNM Business Centre

Sdn. Bhd

.

Memastikan

keuntungan syarikat serta aktiviti pelaburan dibincang bersama ahli LPU dan

Pengurusan UPNM.

Peranan LPU dalam pelantikan jawatan utama di UPNM seperti jawatan

Pendaftar, Bursar dan Ketua Pustakawan selaras dengan ketetapan

perlembagaan.

1.3 ASPEK PEMERHATIAN

Salah satu aspek yang sentiasa diberi perhatian oleh LPU dan Pengurusan UPNM

dalam mentadbir urus UPNM adalah tujuan penubuhan dan hasrat pemegang

taruhan (stakeholder) terbesar universiti ini iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pemerhatian dari segi kerjasama dan pemahaman antara LPU dan Pengurusan

UPNM dan ATM sentiasa diambilkira dan dititikberatkan. Sehubungan itu,

penglibatan ahli LPU yang mempunyai latar belakang dalam bidang ketenteraan

iaitu Pengerusi LPU dan Panglima ATM dilihat dapat memberi panduan berkenaan

hasrat ATM kepada universiti ini selaras dengan misi dan visi serta pelan strategik

universiti yang telah dilancarkan sebelum ini.