

246
Produk-produk yang berpotensi untuk dikomersialkan akan difailkan
paten di bawah tanggungan Universiti. Seterusnya produk yang
telah dipatenkan akan dikomersialkan melalui UPNM Business
Centre. Pembahagian keuntungan tertera di dalam Dasar Harta
Intelek dan Pengkomersialan UPNM.
Jumlah paten yang masih dalam proses pengkomersialan adalah
sebanyak empat (4) produk:
SARTAMS
Bridge
Blast Resistance Concrete
Portable Arsenic Test Kit
Universiti Mempunyai Dasar Hak Milik Paten dan Hak Cipta
Daripada Hasil Penyelidikan
Dasar Harta Intelek UPNM telah diluluskan oleh Mesyuarat Senat
46 Bil 2/2015.
Jumlah produk yang telah difailkan paten adalah sebanyak 12
paten, satu (1)
utility innovation
dan lapan (8) hakcipta.
Rujuk
A124:
Dasar
Harta
Intelek UPNM dan
Cabutan
Minit
Mesyuarat Senat
46 Bil. 2/2015,
m.s. 64-65
Universiti Mempunyai Sistem Pangkalan Data Penyelidikan
Universiti sedang membangunkan sistem pengurusan penyelidikan
dengan kerjasama rakan RU iaitu UTM yang dinamakan e-RMS.
Sistem ini bertujuan menguruskan data penyelidikan di UPNM
bermula daripada proses permohonan, pemantauan dan penutupan
projek penyelidikan. Buat masa kini, pangkalan data penyelidikan
UPNM direkodkan secara semi-manual.
Rujuk A125:
Surat
Panggilan
Mesyuarat
dan
Nota
Perbincangan e-
RMS.