

243
Anugerah Akademik Cemerlang (AAC)
o
Penyelidikan
o
Penerbitan
Penyelidik UPNM yang berkelayakan dan memenuhi kriteria boleh
memohon dan penilaian dilakukan oleh jawatankuasa yang dilantik.
UPNM turut mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan penyelidikan
sebagai usaha membudayakan penyelidikan dalam kalangan staf.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
Kolokium & Pameran Penyelidikan dan Inovasi UPNM 2014
Bengkel Penulisan Permohonan Geran Penyelidikan
Bengkel Pemurnian dan Penilaian Permohonan Geran
Penyelidikan
Seminar Penyelidikan dan Pertahanan Keselamatan
Roadshow Knowledge Transfer Programme (KTP)
Bengkel Penulisan Makalah Jurnal
Penyelidik UPNM juga boleh menghadiri seminar/ kursus/ dan
bengkel anjuran pihak luar khususnya yang berkaitan dengan
penyelidikan yang dijalankan. UPNM turut menggalakkan ahli
akademik untuk menjalankan kolaboratif bersama penyelidik
daripada IPT dan agensi luar.
Bagi pembinaan kapasiti penyelidikan, UPNM turut memberikan
kemudahan kepada para pensyarah untuk memohon cuti sabatikal
dimana kemudahan ini akan memberi manfaat kepada pensyarah
yang berkelayakan untuk menambah baik ilmu dan kualiti
penyelidikan mereka.