Background Image
Previous Page  277 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 277 / 298 Next Page
Page Background

240

c

) Penandaarasan dan Penunjuk Prestasi

Universiti amat menekankan pembudayaan penyelidikan dalam

kalangan penyelidik melalui usaha Pelan Strategik UPNM 2011-

2015 yang telah disemak semula menjadi Pelan Strategik UPNM

2013 – 2017.

Keutamaan penyelidikan di UPNM adalah untuk mencapai

pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa sebagai salah

sebuah institusi terkemuka dalam penyelidikan Pertahanan dan

Keselamatan. Bagi mencapai hasrat ini, inisiatif pembudayaan

aktiviti penyelidikan dalam kalangan penyelidik menjadi salah satu

agenda utama yang diperkasakan dari semasa ke semasa. Pelan

Strategik UPNM dijadikan panduan oleh Pusat Pengurusan

Penyelidikan dan Inovasi dalam menggalakkan dan meningkatkan

pembudayaan dan bilangan penyelidikan.

Perkara asas yang digunakan dalam pembinaan Pelan Strategik

adalah dengan merujuk kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara (PSPTN).

Di dalam Pelan Strategik ini telah meletakkan

Critical Agenda Project

(

Research & Development)

CAP (R&D),

sebagai petunjuk prestasi di mana terdapat tiga (3) strategik objektif

yang utama iaitu:

Memperkasakan bidang penyelidikan berteraskan

Pertahanan dan Keselamatan.

Memantapkan struktur kolaboratif penyelidikan.

Menjadikan hasil penyelidikan sebagai sumber penjanaan

pendapatan.

Pada tahun 2014, UPNM telah menggunakan

Malaysia Research

Assessment Instrument

(MyRA) sebagai salah satu alat untuk

membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian penyelidikan

(R&D&C).

Rujuk

A115:

Pelan

Strategik

PPPI

Rujuk

A116:

Ulasan

Panel

Penilai Penarafan

Bintang

MyRA

2014