

241
Terdapat beberapa kriteria utama yang diberi penekanan dalam
MyRA iaitu:
Kuantiti dan Kualiti Penyelidik,
Kuantiti dan Kualiti Penyelidikan,
Kuantiti dan Kualiti Pasca Siswazah,
Inovasi,
Khidmat Profesional dan Hadiah,
Jaringan dan Jangkauan, dan
Kemudahan Sokongan seperti Makmal Penyelidikan dan
Perpustakaan.
Kesemua kriteria ini telah menjadi penanda aras kepada UPNM
untuk mencapai peningkatan di dalam aktiviti penyelidikan.
Hasil daripada Penandaarasan dan Penunjuk Prestasi yang
digunakan di UPNM telah mencapai beberapa kejayaan dalam R&D
seperti:
Sehingga Disember 2014, UPNM telah menghasilkan lebih
40 produk penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersialkan
dan telah menyertai beberapa pameran penyelidikan
sehingga ke peringkat antarabangsa.
UPNM telah berjaya mengkomersialkan satu (1) hasil produk
UPNM iaitu SARTAMS:
Search & Rescue Management
System
, alat ini berfungsi untuk operasi mencari dan
menyelamat di kawasan hutan secara cekap dan teratur.
UPNM telah meningkatkan jumlah dana penyelidikan,
nasional dan antarabangsa. Sehingga Disember 2014,
UPNM telah mencapai melebihi 200 projek penyelidikan
dengan 126 projek masih aktif. Jumlah keseluruhan dana
penyelidikan adalah melebihi RM23 juta. Kecairan semasa
berjumlah RM14 juta.
Rujuk
A117:
Pencapaian CAP
iPMO
(R&D)
Januari – Mac
2014 dan Surat
Kelulusan Dana
Rujuk A118:
Data
Mentah MyRA-1,
2014
Rujuk
A11 :
Senarai
Produk
Penyelidikan yang
Berpotensi Untuk
Dikomersialkan
.