

245
Universiti Mempunyai Kuasa Untuk Menentukan Bidang
Keutamaan Penyelidikannya
JPIU merupakan jawatankuasa yang akan membentuk dan
mengurus bidang keutamaan dan hala tuju penyelidikan Universiti
berdasarkan kluster yang telah ditetapkan. Bidang keutamaan
UPNM menjurus kepada bidang Pertahanan dan Keselamatan.
Universiti Melaksanakan Secukupnya Tadbir Urus yang Baik
Dalam Dasar Penyelidikan dan Inovasi
Bagi memastikan pengurusan penyelidikan di UPNM ditadbir urus
dengan baik, PPPI telah dipertanggungjawabkan untuk memantau
projek-projek penyelidikan.
Setiap permohonan geran penyelidikan sama ada daripada pihak
Universiti mahupun pembiaya luar akan diuruskan oleh PPPI.
Penilaian geran dibuat oleh jawatankuasa yang telah dilantik di
peringkat Fakulti/ Pusat dan peringkat Universiti bagi memastikan
setiap kertas cadangan yang dihantar adalah berkualiti. Segala
prosedur kewangan dan perolehan diuruskan mengikut tatacara
penbendaharaan UPNM.
PPPI juga akan menguruskan proses pemantauan bagi setiap
projek penyelidikan yang diluluskan oleh pemberi dana.
Pemantauan diadakan dua (2) kali setahun melalui laporan prestasi
penyelidikan dan juga kolokium penyelidikan. Laporan ini juga akan
dikemukakan kepada pemberi dana.
Universiti Mempunyai Infrastruktur yang Mencukupi Untuk
Pengkomersialan Produk Penyelidikannya
UPNM telah menubuhkan UPNMBC untuk tujuan penjaan
pendapatan universiti. UPNMBC juga telah dipertanggungjawabkan
untuk mengkomersialkan produk penyelidikan.