

14
sistem pendidikan kita.
Sesungguhnya sekolah itu untuk
komuniti, dan universiti itu untuk masyarakat
38. Hal ini mungkin susah untuk digambarkan, tetapi saya
telahpun melihat bagaimana ia boleh dijayakan. Sebagai contoh,
saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pejabat Pendidikan
Daerah Kluang yang telah memberikan autonomi kepada pihak
sekolah untuk menentukan program dan pergerakan mereka
sendiri. Setiap sekolah lebih mengetahui keperluan dan keunikan
mereka, dan mereka perlu diberi ruang untuk bergerak berdasarkan
kebitaraan
(niche)
mereka. Kata pepatah: hanya jauhari yang
mengenal manikam.
Pengalaman Pembelajaran Yang Menyeronokkan
Tuan-tuan dan puan-puan,
39. Tiga hala tuju yang telah saya nyatakan iaitu 1.
Pendidikan
berteraskan nilai, 2. Peningkatan kualiti seluruh sistem
dan 3.
Autonomi dan akauntabiliti
akan menjadi teras kepada agenda
perubahan di sekolah dan universiti.
40. Sekolah mesti menjadi tempat yang paling selamat dan
menyeronokkan. Untuk merealisasikan cita-cita ini, kementerian
telah memberikan penekanan khusus empat bahagian penting di
peringkat sekolah. Empat bahagian tersebut yang akan menjadi
tumpuan pada tahun ini ialah: