Previous Page  19 / 34 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 19 / 34 Next Page
Page Background

19

meningkatkan kualiti pengajaran dan graduan. Ini adalah untuk

memastikan kualiti guru yang terlatih yang dihantar ke sekolah

benar-benar menepati

standard

yang dapat mengisi keperluan

pembelajaran Abad ke-21.

52. Saya menanamkan harapan yang tinggi buat para guru untuk

terus mendidik anak bangsa dengan tekun dan bangga. Penyair

Usman Awang pernah bermadah,

“Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,

di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota,

di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,

dia adalah guru mewakili seribu buku.”

(3) Proses Pembelajaran

53. Seterusnya adalah berkenaan dengan

proses pembelajaran

di sekolah. Untuk memastikan nilai-nilai yang telah saya terangkan

dapat diberikan tumpuan, maka bermula pada tahun ini juga,

bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu iaitu bagi Tahun 1, 2

dan 3 di semua sekolah rendah akan tertumpu kepada

perkembangan karakter dan potensi murid.

54. Penekanan ini adalah berorientasikan pembelajaran

(learning-centered)

dan tidak lagi berorientasikan peperiksaan

(exam-oriented)

. Pentaksiran alternatif ini akan menggantikan