

23
mengenal siapa diri kita, ke mana perjalanan kita, dan
bagaimanakah kita mahu menuju ke arahnya.
65. Selari dengan visi kita iaitu untuk mengembalikan wibawa
universiti awam dan pengajian tinggi melalui peningkatan kualiti dan
penekanan nilai sebagai teras pendidikan, kita telah menggariskan
empat hala tuju khusus bagi Universiti Awam dan Pengajian Tinggi.
Empat hala tuju tersebut ialah: (
1) Kualiti, (2) Autonomi, (3)
Kolaborasi dan (4) Pengantarabangsaan
.
66. Universiti ialah medan intelektual terbuka. Di situlah tempat
berlakunya perdebatan teori, pergaduhan wacana dan perkongsian
ilmu yang meriah dan terbuka. Inilah sebenarnya neraca kualiti
setiap universiti. Hal ini sangat bertepatan dengan hala tuju kita
iaitu
ketinggian kualiti
yang mana akan dilaksanakan menerusi
tiga aspek iaitu kecemerlangan, relevan dan keberkesanan. Untuk
mencapai tahap ketinggian kualiti yang memuaskan ini, beberapa
perubahan akan dijalankan, antaranya ialah:
1. Para akademik perlu
visible
dengan penghasilan karya-
karya yang memanfaatkan masyarakat. Kita juga
menggalakkan universiti untuk menyuburkan budaya
dialog, forum, debat, wacana dan program-program lain
yang bersifat intelektual dan ke arah memberikan
penyelesaian kepada masalah masyarakat dan
membangunkan negara.
2. Etika merupakan aspek yang sangat besar dan perlu
ditekankan. Etika bekerja yang tidak baik, budaya