

28
TVET Sebagai Pilihan Utama
61. Yuval Noah Harari di dalam karya beliau
21 Lessons for the
21st Century
mengingatkan kita tentang keperluan industri di masa
hadapan tidak lagi selari dengan apa yang kita pelajari hari ini. Kita
mesti prihatin dan peka terhadap corak perubahan dan derasnya
arus kemajuan.
62. Oleh itu, kita akan terus berusaha untuk meningkatkan
keupayaan institusi dan sistem TVET agar terus kekal kompetitif
dan menepati kehendak pasaran. Kementerian akan melaksanakan
sistem akreditasi yang diharmonikan dengan jaminan kualiti untuk
membolehkan mobiliti pelajar dalam institusi TVET termasuklah
Malaysian Technical Universiti Network (MTUN). MTUN juga harus
bergerak ke arah
Fachhochschule di Germany
dan diukur dengan
penghasilan graduan teknikal dan penyelesaian isu-isu teknikal dan
bukan lagi penerbitan semata-mata.
63. Kita juga akan meningkatkan kualiti dan penyampaian
program TVET untuk menambah baik kebolehpasaran graduan
melalui pendekatan mengupayakan industri untuk menerajui
pembangunan kurikulum, menghapuskan pertindihan program dan
sumber, meningkatkan keberkesanan kos serta memperluas
pembiayaan TVET bagi meningkatkan enrolmen.
64. Dalam masa yang sama, kementerian sedang dalam usaha
menyelesaikan isu pengiktirafan Kolej Vokasional yang
kontroversial supaya pelajar-pelajar di KV ini akan diberikan hak