

29
pendidikan yang saksama. Usaha memastikan para pelajar KV
mendapat pengiktirafan dari pihak-pihak terlibat, terutamanya pihak
industri sedang dijalankan. Hal ini memerlukan agar KV diletakkan
selari bersama insititusi-institusi TVET yang lain agar berlakunya
keselarian di dalam halatuju dan hubungan dengan pihak industri.
Usaha penyatuan ini selari dengan ruh penyatuan dua kementerian
di bawah satu bumbung pada hari ini.
65. Politeknik dan Kolej Komuniti juga tidak akan dipinggirkan
dari radar usaha reformasi yang akan dibawa pada tahun ini.
Peningkatan rangkaian dan usahasama di antara kedua-dua
institusi ini dengan pihak industri, terutamanya syarikat-syarikat
besar dan ternama menjadi keutamaan demi memastikan
kebolehpasaran graduan di dalam bidang teknikal akan sentiasa
mapan.
66. Penjajaran di antara MTUN dengan politeknik juga telah
diusahakan untuk memastikan peluang graduan politeknik untuk
melanjutkan pelajaran lebih terjamin. Politeknik dan kolej komuniti
juga telah membuka peluang bagi para pelajar lepasan tahfiz untuk
melengkapkan diri mereka dengan kemahiran untuk kerjaya hidup
mereka.
67. Apa yang telah disenaraikan adalah sebahagian daripada
usaha kementerian untuk menjadikan laluan TVET, Politeknik, KV
dan Kolej Komuniti benar-benar setaraf dengan pilihan lain dan
bukan lagi sebagai pilihan kedua atau pilihan alternatif.