Previous Page  32 / 34 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 32 / 34 Next Page
Page Background

32

mengambil peperiksaan SPM dan STPM kemudiannya melanjutkan

pelajaran ke UM dan berjaya menjadi seorang guru.

75. Beliau sering membawa pendekatan yang berbeza dalam

melihat perkara-perkara seharian, malah dalam persoalan-

persoalan agama. Beliau sentiasa galakkan agar pelajar-pelajarnya

selalu bertanya, persoalkan, fikir, dan cari jawapan. Beliau

mengajar saya untuk melihat sesuatu perkara melalui dimensi yang

lain, dan beliau sentiasa menyuruh saya untuk berfikir secara

kreatif dan kritis. Beliaulah insan pertama yang mengajarkan KBAT

kepada saya, jauh sebelum istilah KBAT diwujudkan.

76. “Kita ini hidup dengan impian. Impianlah yang memberikan

kita sebab untuk bangun esok pagi dan meneruskan kehidupan.”

Saya percaya, impianlah yang menyebabkan beliau yang tidak

pernah bersekolah mampu melahirkan seorang insan yang mahu

bercita-cita. Impianlah yang menyebabkan saya berani untuk

merasa tidak puas hati dengan apa yang ada dan menyebabkan

saya menyertai politik seterusnya menyahut cabaran menjadi

seorang menteri pada hari ini. Impian jugalah yang mendorong

saya untuk menarik tangan tuan-tuan dan puan-puan sekelian

untuk melakukan reformasi di dalam pendidikan kita pada hari ini

agar masa depan negara kita akan lebih baik dari semasa ke

semasa.

77. Nelson Mandela pernah menyebutkan, “Pendidikan ialah

senjata terbaik untuk mengubah dunia”. Malala Yousafzai juga telah

mengingatkan kepada kita semua, "Satu pen, satu buku, seorang

kanak-kanak dan seorang guru boleh mengubah seluruh dunia."