

31
dilakukan bukanlah mudah namun ia tidak mustahil sekiranya kita
melakukannya bersama-sama –
this is not a one-man show
.
72. Selain daripada sokongan warga keluarga besar
Kementerian, bersama-sama dengan saya juga ialah sekumpulan
pakar-pakar pendidikan yang mewakili pelbagai bidang. Mereka ini
telah diberikan peranan penting sebagai Majlis Penasihat
Pendidikan Kebangsaan (MPPK) untuk menasihati KPM, dan
sebagai ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
(JKKDPN) untuk melihat semula dasar dan hala tuju pendidikan
masa hadapan.
73. Di kesempatan ini juga, saya menyeru semua pihak dari
pelbagai bidang dan kemahiran untuk turut bersama-sama
membantu menjayakan amanah ini. Saya juga mengalu-alukan
sesiapa sahaja yang mahu bersama-sama kita dalam agenda
pembinaan bangsa melalui pendidikan ini.
Penutup
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan,
74. Izinkan saya mengakhiri perutusan ini dengan berkongsi
sebuah kisah; kisah seorang guru yang meledakkan harapan dan
cita-cita ketika saya berusia 15 tahun. Beliau hanya seorang guru
biasa di sebuah sekolah yang biasa. Yang luar biasanya, dari
darjah 1 sampailah darjah 6, beliau tidak pernah lulus peperiksaan.
Dan beliau cuma mula bersekolah semula pada umur 18 tahun,